★ cinta bukan milikku;
Saturday, 2 June 2012 | 05:42 | 0 notification(s)
Bosan?! Ataupun sememangnya aku keliru dengan semua ini. Sakitkah
hati aku? TIdak?!! Andai hati ini terusik, pasti bukan senyuman yang
kuhadiahkan untuknya yang segak dan anggun di pelamin birunya. Jelingan Taufik
membuatkan senyum dan tawaku hilang. Kenapa?! Kenapa dik?! Salahkah aku gembira
di hari bahagia insan yang pernah menyayangiku? Mungkin silapku kerana tidak
pernah memberikan ruang untuknya bertahta di hatiku. Maafkan aku Izam, aku tak
boleh menyayangimu lebih dari seorang kawan. Walaupun berbakul surat bermadah cinta kau berikan, biarpun
berjenis-jenis hadiah yang berbungkus kemas kau berikan. Kau bukan milikku, dan
aku bukan milikmu. Mungkin satu tamparan hebat untukku kerana terpaksa berada
di sini untuk meraikan hari bahagia. Ini semua kerana permintaan Umi. Kalau
tidak mana betah hati ini untuk berlama-lama di sini. Aku tahu, pandanganmu
memberikan seribu kedukaan. Aku lebih sayangkan persahabatan yang terjalin
antara kita bertiga lebih dari keinginan aku untuk turut menyayangi dan
menghargai perngorbanan mu terhadapku selama ini. Maafkan aku Izam! Maafkan
aku.
"Kakak kejam... Kenapa buat abang macam tu? Tiadakah terselit di hati akak untuk menyayangi abang. Saban malam adik tengok abang memuja kakak. Bermunajat pada Yang Esa. Lembutkan hati kakak. Tapi ternyata adik silap menilai akak, hati akak tak pernah wujud ruang untuk di sayangi oleh sesiapa. Adik kesal kak. 6 tahun kak. Hati apalah hati kakak tu?!"
"Taufik... Akak tak boleh. Kak Zie sayangkan abang. Mana boleh?!"
"Bullshit!! Sampai bila? Kakak ingat akak tu baik sangat untuk buat pengorbanan untuk orang macam Kak Zie tu? Siapa yang tolak akak 4 tahun dulu? Hingga 5 hari akak terlontar kat hospital? Akak jatuh dari curam tu sebab Kak Zie pentingkan diri sendiri. Satu-satu Adik ingat kak? Hancur hati adik, dia buat akak macam sampah. Tapi perempuan itu juga yang akak sayang. Lebih baik akak bunuh aje diri akak tu sebelum akak menghambakan diri pada kawan macam dia tu. Adik benci kakak."
Airmataku berlinang bila mengingatkan Taufik. Sampai hati adik. Aku cuba bertenang, langkah kuhayun ke dapur. Cuba membantu mana-mana yang patut. Sabarlah hati. Janganlah kau bersedih lagi. Pasrahlah. Mungkin ini suratan takdirku. Alhamdulillah aku akan cuba bertahan. Aku kehilangan adik yang kusayangi sebab Izam. Aku kehilangan Zie, teman akrabku juga sebab Izam. 1001 kisah Izam berkait dengan dukaku hari ini. Allah swt menduga hamba yang lemah sepertiku. Terima Kasih, Allah swt. Kau berikan aku kekuatan hari ini.
"Iqa...."
Aku tergamam, Izam menarikku. Beberapa mata memandangku hairan. Kecoh bila 'Raja sehari' turun dari pelamin dan menarikku masuk ke bilik peraduan. Aku terpinga-pinga.
"Kalau kau tak suka, atau bersedih sebab perkahwinan ni. Aku akan ceraikan Miah. Aku tak sanggup tengok kau bersedih macam ni. KIta kahwin, sayang. Aku minta maaf. Maafkan aku, Iqa. Janganlah menangis lagi. Aku tak boleh tengok kau macam ni."
DI luar keadaan mulai riuh rendah. Raja sehari hilang dari pelamin. Izam buat gila.
"Kau gila, Zam. Aku tak pernah cintakan kau. Tak pernah aku kecewa sebab kau kahwini Miah. Aku bahagia tengok kau bahagia. Pergilah pada Miah. Jangan malukan dia macam ni."
"Aku nak kau ada depan mataku, jangan lari dari pandanganku walaupun sesaat, Iqa."
Apa salahku padamu Izam?! Sampai begini hukumanmu pada aku? Aku mengangguk lemah. Menyetujui permintaannya. Aku mengiring Izam naik semula ke pelamin. Dan aku. Aku dijadikan tunggul di ruang tamu rumahnya. Sebaik majlis selesai terus aku meminta diri dari Umi untuk pulang. Kepada Miah turut kukhabarkan kepulanganku. Izam?! Biarlah dia dengan kebahagiaannya. Tahniah Izam. Lupakanlah 'cinta monyet' kau pada ku selama 6 tahun ini Izam. Bahagiakan Miah. Aku berterima kasih padamu kerana pernah menghargai dan menyayangiku. Entah mengapa airmataku menitis ketika sedang memandu pulang. Airmata yang tidak diketahui untuk apa, yang pasti hatiku terasa sakit dan pedih.
** AndaI aKu diBeriKaN saTu PeLuaNg... TaKkAn seseKali aku meNgeNaLiMu... 1001 Kisah DUka Ku AdAlaH kRn Kau...
"Kakak kejam... Kenapa buat abang macam tu? Tiadakah terselit di hati akak untuk menyayangi abang. Saban malam adik tengok abang memuja kakak. Bermunajat pada Yang Esa. Lembutkan hati kakak. Tapi ternyata adik silap menilai akak, hati akak tak pernah wujud ruang untuk di sayangi oleh sesiapa. Adik kesal kak. 6 tahun kak. Hati apalah hati kakak tu?!"
"Taufik... Akak tak boleh. Kak Zie sayangkan abang. Mana boleh?!"
"Bullshit!! Sampai bila? Kakak ingat akak tu baik sangat untuk buat pengorbanan untuk orang macam Kak Zie tu? Siapa yang tolak akak 4 tahun dulu? Hingga 5 hari akak terlontar kat hospital? Akak jatuh dari curam tu sebab Kak Zie pentingkan diri sendiri. Satu-satu Adik ingat kak? Hancur hati adik, dia buat akak macam sampah. Tapi perempuan itu juga yang akak sayang. Lebih baik akak bunuh aje diri akak tu sebelum akak menghambakan diri pada kawan macam dia tu. Adik benci kakak."
Airmataku berlinang bila mengingatkan Taufik. Sampai hati adik. Aku cuba bertenang, langkah kuhayun ke dapur. Cuba membantu mana-mana yang patut. Sabarlah hati. Janganlah kau bersedih lagi. Pasrahlah. Mungkin ini suratan takdirku. Alhamdulillah aku akan cuba bertahan. Aku kehilangan adik yang kusayangi sebab Izam. Aku kehilangan Zie, teman akrabku juga sebab Izam. 1001 kisah Izam berkait dengan dukaku hari ini. Allah swt menduga hamba yang lemah sepertiku. Terima Kasih, Allah swt. Kau berikan aku kekuatan hari ini.
"Iqa...."
Aku tergamam, Izam menarikku. Beberapa mata memandangku hairan. Kecoh bila 'Raja sehari' turun dari pelamin dan menarikku masuk ke bilik peraduan. Aku terpinga-pinga.
"Kalau kau tak suka, atau bersedih sebab perkahwinan ni. Aku akan ceraikan Miah. Aku tak sanggup tengok kau bersedih macam ni. KIta kahwin, sayang. Aku minta maaf. Maafkan aku, Iqa. Janganlah menangis lagi. Aku tak boleh tengok kau macam ni."
DI luar keadaan mulai riuh rendah. Raja sehari hilang dari pelamin. Izam buat gila.
"Kau gila, Zam. Aku tak pernah cintakan kau. Tak pernah aku kecewa sebab kau kahwini Miah. Aku bahagia tengok kau bahagia. Pergilah pada Miah. Jangan malukan dia macam ni."
"Aku nak kau ada depan mataku, jangan lari dari pandanganku walaupun sesaat, Iqa."
Apa salahku padamu Izam?! Sampai begini hukumanmu pada aku? Aku mengangguk lemah. Menyetujui permintaannya. Aku mengiring Izam naik semula ke pelamin. Dan aku. Aku dijadikan tunggul di ruang tamu rumahnya. Sebaik majlis selesai terus aku meminta diri dari Umi untuk pulang. Kepada Miah turut kukhabarkan kepulanganku. Izam?! Biarlah dia dengan kebahagiaannya. Tahniah Izam. Lupakanlah 'cinta monyet' kau pada ku selama 6 tahun ini Izam. Bahagiakan Miah. Aku berterima kasih padamu kerana pernah menghargai dan menyayangiku. Entah mengapa airmataku menitis ketika sedang memandu pulang. Airmata yang tidak diketahui untuk apa, yang pasti hatiku terasa sakit dan pedih.
** AndaI aKu diBeriKaN saTu PeLuaNg... TaKkAn seseKali aku meNgeNaLiMu... 1001 Kisah DUka Ku AdAlaH kRn Kau...
Syawal menjelma, sengaja mama menyuruhku menjemput kawan-kawanku
datang bertandang ke rumah. Kesemua teman-temanku di jemput. Bermacam cerita
yang di kongsikan bersama. Seronok bila sesekali berkumpul begini. Sengaja hari
ini kuadakan rumah terbuka. Alhamdullillah. Segalanya berjalan lancar. Sedang
asyik aku melayani karenah rakan-rakan.
"Assalamualaikum..."
Aku menyambut di muka pintu. Miah?! Izam?! Sinar bahagia terpancar di wajah Miah.
"Waalaikumsalam, masuklah MIah, Izam. Lama akak tak jumpa. Macam mana sekarang?!"
Miah memelukku. Pelik. Miah tak pernah berbaik-baik denganku sebegini.
"Dah 4 bulan kak, Insyaallah tahun depan. Miah akan jadi ibu. Abang, kan?"
"Tahniah."
Tersekat suaraku di kerongkong. Aku memaniskan muka. Sakitkah hatiku bila melihat mereka bahagia? Izam tak lekang dari ku. Setiap langkahku diekori Izam. Kenapa dia masih menyeksaku sebegini.
"Macam mana kau sekarang Iqa? Rindu aku pada kau. Sampai hati kau lupakan aku macam ni."
"Zam...Awak dah berkeluarga, dan tak lama lagi awak akan dapat baby. Jangan buat Miah macam ni. Tak baik."
"Aku tak pernah cintakan dia. Aku sayangkan kau. Kalau tak sebab Umi, aku tak kahwin dengan dia."
Izam mengeluh, meraup rambutnya. Mana mungkin kau tidak cintakan MIah, andai kau pernah menyentuhnya Izam. Jangan jadi hipokrit. DIa isterimu yang telah kau sentuh dan anak dalam kandungannya itu benih cinta kau dan Miah. Hentikanlah penipuan kau ini Izam. Kasihanilah Miah.
"Aku akan kahwin, Zam. Dan tak lama lagi aku akan bertunang."
"Hah?! Dengan siapa?"
Aku terpaksa menipumu Izam. Siapalah yang bodoh ingin memilikiku. Aku insan kerdil yang tidak punyai apa-apa. Hanya kau yang gila memujaku. Hanya engkau yang bodoh Izam. Gadis kampung yang berkelulusan gred 2 dalam SPM. Yang tidak punyai paras rupa dan tiada apa-apa keistimewaan. Itulah aku, kau saja yang memujaku umpama aku puteri dari kayangan, walhal akulah puteri katak yang hodoh.
"Mama dan abah yang tentukan."
"Jangan terima kalau kau tak nak Iqa. Kalau kau nak kahwin, aku sanggup tinggalkan Miah. Kahwin dengan aku, kita bina keluarga kita, Iqa."
"Bodoh!"
Terpacul perkataan itu keluar dari mulutku. Izam terdiam.
"Mama dan abah dah terima pinangan mereka, aku terpaksa akur. Semuanya abah dan mama yang uruskan. Maafkan aku, Zam. Aku tak layak untukmu. Aku tak boleh hidup susah di sampingmu. Aku tak betah tinggal di pondok buruk Umi untuk jangka masa yang panjang. Aku gadis bandar. Mana betah aku makan budu dan belacan. Aku tak suka semua tu. Selama ni, aku bertahan sebab aku sayangkan adik. Kalau tak sebab Taufik. Aku takkan singgah menjenguk keluarga kau yang terpencil di hujung kampung. Aku benci semua tu, mama dan abah dah jumpa lelaki idaman aku. Aku dan dia akan sama-sama bina mahligai kami."
Izam mulai geram dengan pengakuan gila ku. Biarlah kau pandang aku jijik, daripada aku meruntuhkan keluargamu. Maafkan aku, Izam.
"Aku benci kau, aku tak sangka selama ini. Aku begitu hina di pandanganmu. Aku tahu, aku miskin! Orang kampung! Umi aku tiada harta macam mama dan abah kau. Tapi aku ada nilai diri, iqa. Patutlah Taufik beria-ia menyuruh aku membencimu. Baru hari ni aku tahu, gadis yang aku puja dan sayang rupanya enggang yang takkan setaraf dengan cacing macam aku ni. Melata dalam tanah."
Aku tersenyum sinis. Izam menarik Miah. Syawal yang sepatutnya aku smabut dnegan gembira. Akhirnya membuatkan aku kehilangan seorang teman. Pergilah Izam. Jangan dihirau katak hodoh ini lagi.
==============================================================================
**Tiada insan sempurna dalam dunia ini, terimalah diri kita seadanya....
"Assalamualaikum..."
Aku menyambut di muka pintu. Miah?! Izam?! Sinar bahagia terpancar di wajah Miah.
"Waalaikumsalam, masuklah MIah, Izam. Lama akak tak jumpa. Macam mana sekarang?!"
Miah memelukku. Pelik. Miah tak pernah berbaik-baik denganku sebegini.
"Dah 4 bulan kak, Insyaallah tahun depan. Miah akan jadi ibu. Abang, kan?"
"Tahniah."
Tersekat suaraku di kerongkong. Aku memaniskan muka. Sakitkah hatiku bila melihat mereka bahagia? Izam tak lekang dari ku. Setiap langkahku diekori Izam. Kenapa dia masih menyeksaku sebegini.
"Macam mana kau sekarang Iqa? Rindu aku pada kau. Sampai hati kau lupakan aku macam ni."
"Zam...Awak dah berkeluarga, dan tak lama lagi awak akan dapat baby. Jangan buat Miah macam ni. Tak baik."
"Aku tak pernah cintakan dia. Aku sayangkan kau. Kalau tak sebab Umi, aku tak kahwin dengan dia."
Izam mengeluh, meraup rambutnya. Mana mungkin kau tidak cintakan MIah, andai kau pernah menyentuhnya Izam. Jangan jadi hipokrit. DIa isterimu yang telah kau sentuh dan anak dalam kandungannya itu benih cinta kau dan Miah. Hentikanlah penipuan kau ini Izam. Kasihanilah Miah.
"Aku akan kahwin, Zam. Dan tak lama lagi aku akan bertunang."
"Hah?! Dengan siapa?"
Aku terpaksa menipumu Izam. Siapalah yang bodoh ingin memilikiku. Aku insan kerdil yang tidak punyai apa-apa. Hanya kau yang gila memujaku. Hanya engkau yang bodoh Izam. Gadis kampung yang berkelulusan gred 2 dalam SPM. Yang tidak punyai paras rupa dan tiada apa-apa keistimewaan. Itulah aku, kau saja yang memujaku umpama aku puteri dari kayangan, walhal akulah puteri katak yang hodoh.
"Mama dan abah yang tentukan."
"Jangan terima kalau kau tak nak Iqa. Kalau kau nak kahwin, aku sanggup tinggalkan Miah. Kahwin dengan aku, kita bina keluarga kita, Iqa."
"Bodoh!"
Terpacul perkataan itu keluar dari mulutku. Izam terdiam.
"Mama dan abah dah terima pinangan mereka, aku terpaksa akur. Semuanya abah dan mama yang uruskan. Maafkan aku, Zam. Aku tak layak untukmu. Aku tak boleh hidup susah di sampingmu. Aku tak betah tinggal di pondok buruk Umi untuk jangka masa yang panjang. Aku gadis bandar. Mana betah aku makan budu dan belacan. Aku tak suka semua tu. Selama ni, aku bertahan sebab aku sayangkan adik. Kalau tak sebab Taufik. Aku takkan singgah menjenguk keluarga kau yang terpencil di hujung kampung. Aku benci semua tu, mama dan abah dah jumpa lelaki idaman aku. Aku dan dia akan sama-sama bina mahligai kami."
Izam mulai geram dengan pengakuan gila ku. Biarlah kau pandang aku jijik, daripada aku meruntuhkan keluargamu. Maafkan aku, Izam.
"Aku benci kau, aku tak sangka selama ini. Aku begitu hina di pandanganmu. Aku tahu, aku miskin! Orang kampung! Umi aku tiada harta macam mama dan abah kau. Tapi aku ada nilai diri, iqa. Patutlah Taufik beria-ia menyuruh aku membencimu. Baru hari ni aku tahu, gadis yang aku puja dan sayang rupanya enggang yang takkan setaraf dengan cacing macam aku ni. Melata dalam tanah."
Aku tersenyum sinis. Izam menarik Miah. Syawal yang sepatutnya aku smabut dnegan gembira. Akhirnya membuatkan aku kehilangan seorang teman. Pergilah Izam. Jangan dihirau katak hodoh ini lagi.
==============================================================================
**Tiada insan sempurna dalam dunia ini, terimalah diri kita seadanya....
3 Tahun kemudian......
Zie akan bertunang hujung bulan ni, baru-baru ini Ira telah selamat diijabkabulkan. Alhamdullillah. Kawan-kawan yang sama belajar denganku dulu sudah membina keluarga dan kehidupan masing-masing. Baru-baru ini Rin ada menghantar gambar-gambar comel anak kembarnya, Afiq dan Aziq. Geram aku melihatnya. Rin pun dah bekerluarga. Cuma aku yang masih di sini. Terlontar di daerah sepi. Kedua-dua adik perempuanku juga akan berkahwin tak lama lagi. Along, satu-satunya kakak ku telah selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini. Aku bersyukur, Allah swt mengurniakan kebahagiaan buat keluargaku dan kawan-kawanku. Tapi aku, entahlah. Mungkin nasibku tak sebaik teman-teman dan adik beradikku. Aku menyibukkan diri dengan menyambung pengajian dan kerja. Aku pun insan biasa, kadang-kadang aku perlukan teman. Dan adakalanya aku lebih suka bersendirian. Kisah sedihku dengan Izam sudah lama berlalu. Izam pun dah bahagia bersama Miah dengan anak-anaknya. Itulah yang aku mahukan. Kebahagian Izam dan Miah.
"Iqa.... Malam ni akak keluar. Abang Lan kamu ajak makan-makan. Kamu nak ikut tak?"
"Hmm...Takpelah kak. Malam ni Iqa nak rehat-rehat kat rumah. Bukan selalu Iqa ada masa macam ni. Maklumlah."
"Iqa..."
Kak Nur, satu-satunya housemate ku menghampiriku di sofa. Kak Nur memang baik. Dialah yang banyak membantuku selama ini. Pantang aku mengadu. Keakraban aku dan Kak Nur memang tak boleh dinafikan lagi. Kekdang aku kesiankan Kak Nur. Kak Nur memang baik, jauh bezanya dengan bakal suaminya Abang Lan. Mungkin kerana usia Kak Nur yang lebih tua dari Abang Lan. Makan Abang Lan boleh mempergunakan Kak Nur. Kadang-kadang aku pula yang angin, bila Kak Nur mengadu tentang Abang Lan.
"Kenapa Kak Nur?!"
"Akak nak kenalkan Iqa dengan seseorang. Iqa nak tak? Akak kesian lah tengok Iqa macam ni."
"Nak ke dia dengan Iqa ni? Akak tahulah Iqa ni 'Puteri Katak'. Hehehehe..."
Kak Nur mencebik.
"DIa ok punyer, kawan pada cousin akak, Zariq nama dia. Trylah dulu. Mana tahu Iqa boleh go on ngan dia kan?"
"Tak naklah... Malas lah kak, bukan akak tak tau Iqa ni."
"Jangan memilih sangat sayang, awak tu dah nak masuk 28 tau. Ingat sket."
"Alah, akak ni. Lagi 3 tahun Iqa 28 lah. Lambat lagi."
"Trylah dik. Kalau Iqa tak suka akak tak paksa."
Akhirnya aku akur. Maklumlah kakak kesayangan. Malam itu aku mengenakan jeans denim dan balus. Mengikut Kak Nur untuk pertama kali keluar 'blind date'. Zariq memang baik. Tapi aku cuma boleh berkawan dengannya. Selepas malam itu, Zariq sering menelefonku. Kak Nur gembira bila aku mulai perlahan-lahan menerima Zariq.
"Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Aku bermohon padaMu... Memohon keredhaan, keberkatan serta kemurahan rezekiMu... Kau telah pertemukan aku dengan seorang lelaki. Aku memohon keredhaanMu... Andai Lelaki ini tercipta untukku... Kau hadirkanlah rasa sayang dalam hati aku, dan andai lelaki ini bukan milikku... Kau jauhkan dia dariku... Aku berserah padaMu, Ya Allah!"
Itulah doaku setiapkali aku selesai menunaikan suruhanNya. Kak Nur mungkin pelik dengan ssikapku. Namun inilah relitinya, aku takut untuk dicintai atau menyintai. Suatu hari Zariq mengajakku keluar. Aku hanya menurut, dengan syarat dia mesti menghantarku sebelum Asar menjelma. Zariq bersetuju denganku. Kak Nur lah insan gembira. Sepanjang hari aku menghabiskan waktu bersama Zariq.
"Maaflah, saya tak suka dengan apa yang awak nak dari saya ni."
"Iqa...KIta 'couple' kan? Just pegang tangan aje, takkan tak boleh kot?"
Aku tersenyum. Inilah masalah 'couple'. Ingat 'couple' dah dapat green light ke?
"Saya ni orang Islam, awak pun. Apa hukum kalau kita yang bukan muhrim bersentuhan?"
"Haram."
"Tahu pun awak. Saya ingatkan awak tak tahu."
"Memang saya Islam, Iqa. Tapi saya minum, saya tak pernah solat. Untuk apa kita solat."
Nauzubillah jahilnya manusia bernama Zariq ni. Aku cuba mengawal perasaan terkejutku.
"Saya tahu semua tu, saya sekolah agama dulu, Iqa. Tapi dah lama saya tak amalkan. Keluarga saya keluarga yang pincang."
"Solat tu keperluan penting dalam agama. Berubahlah."
"Iqa...."
"Saya nak cuba sayangkan awak, melindungi awak... Dan sentiasa di sisi awak. Sebelum ni, dah ramai perempuan yang saya kenal. Tapi tak satupun macam awak. Lepas saya ubah dia, dan diorang berjaya. Saya di tinggalkan. Kekadang saya fikir, kenapa saya dijadikan macam tu."
Aku terdiam, untuk apa Zariq luahkan semua ni pada aku?! Zariq mulai bercerita.
"Perempuan-perempuan tu serahkan segala-galanya pada saya termasuk... Bagi saya setiap apa yang saya 'dapat' tu meyakinkan saya bahawa saya takkan ditinggalkan lagi."
"Maaflah Zariq, bagi saya kalau awak sayangkan perempuan tu, awak takkan sanggup menodai dia. Cubalah Zariq, awak akan rasa bahagia kalau awak menyintai perempuan tu kalau bukan sebab nafsu semata. Awak masih tak bertemu cinta sejati awak, yangs anggup sehidup dan semati dengan awak, melahirkan zuriat-zuriat awak hasil dari perkongsiaan hidup yang sah. Ianya lebih bernilai dari segala-galanya, Zariq."
"Andai awak jadi makwe saya Iqa, macam mana kalau masa kita dating. Saya diserang sakit jantung? Kemudian pengsan. Awak akan pegang saya ke?"
Zariq cuba mengubah topik perbualan kami. Nipisnya fikiranmu Zariq.
"Kita dating pulic place kan? Jadi saya minta lah sapa-sapa yang muhrim ngan awak pegang awak."
"Darurat pun takleh pegang? Kalau melintas jalan?"
"Saya bukannya babynak kena pimpin masa melintas."
Aku tergelak mendengar keluhan Zariq.
"Kita kahwin Iqa. Awak ada pasport?"
"Tak payah pasport kalau nak kahwin, awak jumpa parent saya dulu. Minta 'green light'. Diorang ok! Saya pun ok."
"Awak tak sayang saya ke? Saya tahu saya tak hensem, tak kacak."
Zariq..Zariq.... Kenapalah cetek benar fikiranmu. Aku bukan insan memilih. Walaupun kau tiada harta ataupun rupa sekalipun. Kalau engkaulah pilihan mama dan abah. Aku akan tetap menerimanya.
"Sayang banyak definisi, sayang saya pada awak. Hanyalah sayang seorang kawan. Tak lebih dan tak kurang."
"Ok! Jom...Saya nak beli something untuk awak."
"Hah?! Apa dia?"
"Jomlah, kita pergi kedai sana."
Aku mengikut langkah Zariq ke 'Pets Shop'.
"Saya nak hadiahkan awak anak kucing."
"Saya tak suka kucing."
Jawabu spontan. Zariq pelik. Kemudian.
"Saya belikan awak burung."
"Saya tak suka aniaya binatang terbang."
Zariq berhenti dan memandangku tajam. Aku tersengih.
"Jadi tak yah beli lah."
"Saya nak beli sesuatu yang bikeh buat awak ingat kat saya, sayang."
"Iyalah tu."
"Awak suka apa? Kita beli sepasang."
Aku beralah bila lihat Zariq bersungguh-sungguh. Akhirnya aku memilih sepasang iguana. Zariq menguruskan semua keperluan Iquana. Gembirakah aku. Selepas jam 3, Zariq menghantarku ke rumah. Sebaik sampai di pintu rumah.
"Lupakan saya Iqa... Saya tak layak untuk gadis sebaik awak. Maafkan saya."
"Awak lupakah pesan saya, Zariq?"
Zariq terdiam, aku tahu Zariq. Aku sedar semua ini akan berlaku jua. Sedihkah aku dengan keputusan Zariq? Aku mendiamkan diri, cuba bersabar sebaik mungkin.
"Jangan lukakan hati awak, kalau mahu awak percaya pada cinta. Maafkan saya, saya tak berniat dan hancurkan hati awak. Tapi saya segan dengan awak. Maafkan saya,"
"Senangnya lidah menutur maaf kan? Terima kasih Zariq."
Aku masuk ke rumah, selepas selesai mandi dan bersiap-siap aku membuka laptopku. Membaca email pemberian Zariq.
Zie akan bertunang hujung bulan ni, baru-baru ini Ira telah selamat diijabkabulkan. Alhamdullillah. Kawan-kawan yang sama belajar denganku dulu sudah membina keluarga dan kehidupan masing-masing. Baru-baru ini Rin ada menghantar gambar-gambar comel anak kembarnya, Afiq dan Aziq. Geram aku melihatnya. Rin pun dah bekerluarga. Cuma aku yang masih di sini. Terlontar di daerah sepi. Kedua-dua adik perempuanku juga akan berkahwin tak lama lagi. Along, satu-satunya kakak ku telah selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini. Aku bersyukur, Allah swt mengurniakan kebahagiaan buat keluargaku dan kawan-kawanku. Tapi aku, entahlah. Mungkin nasibku tak sebaik teman-teman dan adik beradikku. Aku menyibukkan diri dengan menyambung pengajian dan kerja. Aku pun insan biasa, kadang-kadang aku perlukan teman. Dan adakalanya aku lebih suka bersendirian. Kisah sedihku dengan Izam sudah lama berlalu. Izam pun dah bahagia bersama Miah dengan anak-anaknya. Itulah yang aku mahukan. Kebahagian Izam dan Miah.
"Iqa.... Malam ni akak keluar. Abang Lan kamu ajak makan-makan. Kamu nak ikut tak?"
"Hmm...Takpelah kak. Malam ni Iqa nak rehat-rehat kat rumah. Bukan selalu Iqa ada masa macam ni. Maklumlah."
"Iqa..."
Kak Nur, satu-satunya housemate ku menghampiriku di sofa. Kak Nur memang baik. Dialah yang banyak membantuku selama ini. Pantang aku mengadu. Keakraban aku dan Kak Nur memang tak boleh dinafikan lagi. Kekdang aku kesiankan Kak Nur. Kak Nur memang baik, jauh bezanya dengan bakal suaminya Abang Lan. Mungkin kerana usia Kak Nur yang lebih tua dari Abang Lan. Makan Abang Lan boleh mempergunakan Kak Nur. Kadang-kadang aku pula yang angin, bila Kak Nur mengadu tentang Abang Lan.
"Kenapa Kak Nur?!"
"Akak nak kenalkan Iqa dengan seseorang. Iqa nak tak? Akak kesian lah tengok Iqa macam ni."
"Nak ke dia dengan Iqa ni? Akak tahulah Iqa ni 'Puteri Katak'. Hehehehe..."
Kak Nur mencebik.
"DIa ok punyer, kawan pada cousin akak, Zariq nama dia. Trylah dulu. Mana tahu Iqa boleh go on ngan dia kan?"
"Tak naklah... Malas lah kak, bukan akak tak tau Iqa ni."
"Jangan memilih sangat sayang, awak tu dah nak masuk 28 tau. Ingat sket."
"Alah, akak ni. Lagi 3 tahun Iqa 28 lah. Lambat lagi."
"Trylah dik. Kalau Iqa tak suka akak tak paksa."
Akhirnya aku akur. Maklumlah kakak kesayangan. Malam itu aku mengenakan jeans denim dan balus. Mengikut Kak Nur untuk pertama kali keluar 'blind date'. Zariq memang baik. Tapi aku cuma boleh berkawan dengannya. Selepas malam itu, Zariq sering menelefonku. Kak Nur gembira bila aku mulai perlahan-lahan menerima Zariq.
"Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Aku bermohon padaMu... Memohon keredhaan, keberkatan serta kemurahan rezekiMu... Kau telah pertemukan aku dengan seorang lelaki. Aku memohon keredhaanMu... Andai Lelaki ini tercipta untukku... Kau hadirkanlah rasa sayang dalam hati aku, dan andai lelaki ini bukan milikku... Kau jauhkan dia dariku... Aku berserah padaMu, Ya Allah!"
Itulah doaku setiapkali aku selesai menunaikan suruhanNya. Kak Nur mungkin pelik dengan ssikapku. Namun inilah relitinya, aku takut untuk dicintai atau menyintai. Suatu hari Zariq mengajakku keluar. Aku hanya menurut, dengan syarat dia mesti menghantarku sebelum Asar menjelma. Zariq bersetuju denganku. Kak Nur lah insan gembira. Sepanjang hari aku menghabiskan waktu bersama Zariq.
"Maaflah, saya tak suka dengan apa yang awak nak dari saya ni."
"Iqa...KIta 'couple' kan? Just pegang tangan aje, takkan tak boleh kot?"
Aku tersenyum. Inilah masalah 'couple'. Ingat 'couple' dah dapat green light ke?
"Saya ni orang Islam, awak pun. Apa hukum kalau kita yang bukan muhrim bersentuhan?"
"Haram."
"Tahu pun awak. Saya ingatkan awak tak tahu."
"Memang saya Islam, Iqa. Tapi saya minum, saya tak pernah solat. Untuk apa kita solat."
Nauzubillah jahilnya manusia bernama Zariq ni. Aku cuba mengawal perasaan terkejutku.
"Saya tahu semua tu, saya sekolah agama dulu, Iqa. Tapi dah lama saya tak amalkan. Keluarga saya keluarga yang pincang."
"Solat tu keperluan penting dalam agama. Berubahlah."
"Iqa...."
"Saya nak cuba sayangkan awak, melindungi awak... Dan sentiasa di sisi awak. Sebelum ni, dah ramai perempuan yang saya kenal. Tapi tak satupun macam awak. Lepas saya ubah dia, dan diorang berjaya. Saya di tinggalkan. Kekadang saya fikir, kenapa saya dijadikan macam tu."
Aku terdiam, untuk apa Zariq luahkan semua ni pada aku?! Zariq mulai bercerita.
"Perempuan-perempuan tu serahkan segala-galanya pada saya termasuk... Bagi saya setiap apa yang saya 'dapat' tu meyakinkan saya bahawa saya takkan ditinggalkan lagi."
"Maaflah Zariq, bagi saya kalau awak sayangkan perempuan tu, awak takkan sanggup menodai dia. Cubalah Zariq, awak akan rasa bahagia kalau awak menyintai perempuan tu kalau bukan sebab nafsu semata. Awak masih tak bertemu cinta sejati awak, yangs anggup sehidup dan semati dengan awak, melahirkan zuriat-zuriat awak hasil dari perkongsiaan hidup yang sah. Ianya lebih bernilai dari segala-galanya, Zariq."
"Andai awak jadi makwe saya Iqa, macam mana kalau masa kita dating. Saya diserang sakit jantung? Kemudian pengsan. Awak akan pegang saya ke?"
Zariq cuba mengubah topik perbualan kami. Nipisnya fikiranmu Zariq.
"Kita dating pulic place kan? Jadi saya minta lah sapa-sapa yang muhrim ngan awak pegang awak."
"Darurat pun takleh pegang? Kalau melintas jalan?"
"Saya bukannya babynak kena pimpin masa melintas."
Aku tergelak mendengar keluhan Zariq.
"Kita kahwin Iqa. Awak ada pasport?"
"Tak payah pasport kalau nak kahwin, awak jumpa parent saya dulu. Minta 'green light'. Diorang ok! Saya pun ok."
"Awak tak sayang saya ke? Saya tahu saya tak hensem, tak kacak."
Zariq..Zariq.... Kenapalah cetek benar fikiranmu. Aku bukan insan memilih. Walaupun kau tiada harta ataupun rupa sekalipun. Kalau engkaulah pilihan mama dan abah. Aku akan tetap menerimanya.
"Sayang banyak definisi, sayang saya pada awak. Hanyalah sayang seorang kawan. Tak lebih dan tak kurang."
"Ok! Jom...Saya nak beli something untuk awak."
"Hah?! Apa dia?"
"Jomlah, kita pergi kedai sana."
Aku mengikut langkah Zariq ke 'Pets Shop'.
"Saya nak hadiahkan awak anak kucing."
"Saya tak suka kucing."
Jawabu spontan. Zariq pelik. Kemudian.
"Saya belikan awak burung."
"Saya tak suka aniaya binatang terbang."
Zariq berhenti dan memandangku tajam. Aku tersengih.
"Jadi tak yah beli lah."
"Saya nak beli sesuatu yang bikeh buat awak ingat kat saya, sayang."
"Iyalah tu."
"Awak suka apa? Kita beli sepasang."
Aku beralah bila lihat Zariq bersungguh-sungguh. Akhirnya aku memilih sepasang iguana. Zariq menguruskan semua keperluan Iquana. Gembirakah aku. Selepas jam 3, Zariq menghantarku ke rumah. Sebaik sampai di pintu rumah.
"Lupakan saya Iqa... Saya tak layak untuk gadis sebaik awak. Maafkan saya."
"Awak lupakah pesan saya, Zariq?"
Zariq terdiam, aku tahu Zariq. Aku sedar semua ini akan berlaku jua. Sedihkah aku dengan keputusan Zariq? Aku mendiamkan diri, cuba bersabar sebaik mungkin.
"Jangan lukakan hati awak, kalau mahu awak percaya pada cinta. Maafkan saya, saya tak berniat dan hancurkan hati awak. Tapi saya segan dengan awak. Maafkan saya,"
"Senangnya lidah menutur maaf kan? Terima kasih Zariq."
Aku masuk ke rumah, selepas selesai mandi dan bersiap-siap aku membuka laptopku. Membaca email pemberian Zariq.
===============================================================================
** DuKa & SaKit iNi TakkaN kuKongSI LaGi.. BIaRlah IanYa meNjadi MilkkU seNdirI...
** DuKa & SaKit iNi TakkaN kuKongSI LaGi.. BIaRlah IanYa meNjadi MilkkU seNdirI...
' Assalamualaikum w.b.t.h....
Ke hadapan gadis yang amat aku hormati. Iqa.... Maafkan Zariq. Aku tak layak buat insan sebaik Iqa. Yang masih menjaga adat-adat ketimuran gadis kampungnya. Kau istimewa Iqa. Dan Aku bukan insan terpilih yang boleh memilikimu. Maafkan aku. Mungkin Kak Nur tak pernah bercerita tentangku padamu Iqa. Maaf Iqa... Maaf... Hanya rayuan ini yang meronta-ronta untuk keluar dari mulutku... Terlalu banyak tipu helah padamu Iqa. Aku sakit Iqa... Sakit...
Mungkin sukar lagi untuk diubati sakitku ini, sakit yang merendahkan kelayakan ku sebagai lelaki. Mungkin sebab aku pernah dinodai dosa-dosa besar satu tika dulu. Aku tak layak buatmu, bila bicaramu mengenai bakal anak-anak kita... Aku tak layak buatmu bila kau pintaku mengimami solatmu dan mengajarmu mengalun ayat-ayat suci Al-quran. Aku insan hina... Dan tak mungkin aku akan jadi sebaikmu...
Aku suami orang Iqa... Aku pernah berkahwin semasa aku di US, Puteri Salmiah. Gadis kecil milikku dan Ima isteriku. Anakku istimewa, aku dtinggalkan bersama 'Puteri' oleh Ima. Kerana malu mempunyai anak cacat. Ima tak sepertimu. Bangga dengan adikmu yang istimewa. Aku jadi sebak bila bibir kecilmu tidak henti-henti memuji adik Hisyam mu. Serta merta aku teringatkan Puteri yang hampir setahun lebih kutinggalkan dengan ibu. Tanpa menjenguknya walau sekejap.
Iqa....
Aku dan Ima masih suami isteri yang sah. Kami tidak pernah terfikir untuk berpisah. Cuma antara aku dan Ima, wujudnya jarak yang menghalangi. Ima masih di US dan aku bergelumang dosa di sini. Puteri adalah kesan noda aku dan Ima. Maafkan 'daddy' Puteri. Tatkala kau membaca email ini, Puteri telah kujemput untuk menetap bersamaku. Aku ingin melihat perubahan-perubahan Puteri. Sepertimana pengalamanmu membesarkan adikmu Hisyam. Alangkah bermaknanya kau, bila adikmu mengorak langkah pertama di usia 10tahun. Dan alangkah indahnya hidupmu bila Hisyam memanggil namamu. Aku ingin merasai semua itu. Kau memahami jiwa adik mu Hisyam lebih dari jiwa orang lain....Kerana kaishmu pada Hisyam seluas duniawi.
Terima kasih Iqa, aku ingin membina semula keluargaku yang pincang denganmu andai kau sudi. Akan kutinggalkan Puteri pada Ima demi untukmu. Maafkan aku Iqa. Aku melukakanmu. Andai diberi peluang aku ingin bernaung di bawah lembayung kasih mu yang seluas duniawi Iqa. Tapi aku tak mampu.
Maafkan aku...'
Aku tersenyum, senang bicaramu lelaki. Kau sepahkan satu sudut milikmu demi mengemaskan sudut yang belum tentu engkau miliki... Maafkan aku Zariq.... Cintamu bukan milikku. Alhamdullillah... Aku bersyukur kerana Allah swt mendengar doaku. Belum sempat hati ini jatuh sayang pada Zariq. Kau telah membawanya pergi dariku, sakit ku ini mungkin hanya setakat ini. Semoga kebahagiaan terukir buatmu, Zariq. Ingin sekali aku menemui Puteri mu. Tapi siapalah aku, cukuplah dengan kenangan bersamamu selama ini, Zariq. Terima kasih Tuhanku.
"Iqa....Iqa.....Sabar dik...."
Kedatangan Kak Nur memhentikan lamunanku. Aku tersenyum, biar kututup rasa sedihku. Kak Nur menghampiriku dan memelukku erat.
"Tenang dik, akak dapat berita..."
"Apa dia kak?"
Panik aku dengan sikap Kak Nur. Erat Kak Nur memeluk dan menarikku ke ruang tamu. Kelihatan Abang Lan turut memandangku sayu. Kenapa?! Apa yang terjadi? Takkan mereka mahu mainkan aku? Aku tersenyum.
"Kenapa suspen sangat ni? Ada apa Abang Lan?"
"Sabar, dik... Tadi sepupu Iqa call abang, Airil. Dia suruh Iqa balik."
"Hah?!"
Aku cuba mengawal perasaan terkejutku. Kenapa Airil suruh aku balik dengan Abang Lan dan Kak Nur? Apa yang terjadi?
"Pergilah kemaskan apa-apa yang patut. Nur, tolong Iqa. Kita bertolak malam ni terus."
"Kenapa ni?!"
Aku hairan, namun langkah Kak Nur kuturutkan jua. Maklumlah abang Lan menunggu aku dan Kak Nur. Selepas bersiap aku masih terpinga-pinga. Hairan. Apa yang terlah terjadi di kampung?!
Aku semakin keliru. Kenapa Kak Nur dan abang Lan bersikap sedemikian. Ya allah! Lindungilah keluargaku.
===========================================================================
**AndaI tIbA SaaT iTu AkU PasTi diTinggAlkan...
Ke hadapan gadis yang amat aku hormati. Iqa.... Maafkan Zariq. Aku tak layak buat insan sebaik Iqa. Yang masih menjaga adat-adat ketimuran gadis kampungnya. Kau istimewa Iqa. Dan Aku bukan insan terpilih yang boleh memilikimu. Maafkan aku. Mungkin Kak Nur tak pernah bercerita tentangku padamu Iqa. Maaf Iqa... Maaf... Hanya rayuan ini yang meronta-ronta untuk keluar dari mulutku... Terlalu banyak tipu helah padamu Iqa. Aku sakit Iqa... Sakit...
Mungkin sukar lagi untuk diubati sakitku ini, sakit yang merendahkan kelayakan ku sebagai lelaki. Mungkin sebab aku pernah dinodai dosa-dosa besar satu tika dulu. Aku tak layak buatmu, bila bicaramu mengenai bakal anak-anak kita... Aku tak layak buatmu bila kau pintaku mengimami solatmu dan mengajarmu mengalun ayat-ayat suci Al-quran. Aku insan hina... Dan tak mungkin aku akan jadi sebaikmu...
Aku suami orang Iqa... Aku pernah berkahwin semasa aku di US, Puteri Salmiah. Gadis kecil milikku dan Ima isteriku. Anakku istimewa, aku dtinggalkan bersama 'Puteri' oleh Ima. Kerana malu mempunyai anak cacat. Ima tak sepertimu. Bangga dengan adikmu yang istimewa. Aku jadi sebak bila bibir kecilmu tidak henti-henti memuji adik Hisyam mu. Serta merta aku teringatkan Puteri yang hampir setahun lebih kutinggalkan dengan ibu. Tanpa menjenguknya walau sekejap.
Iqa....
Aku dan Ima masih suami isteri yang sah. Kami tidak pernah terfikir untuk berpisah. Cuma antara aku dan Ima, wujudnya jarak yang menghalangi. Ima masih di US dan aku bergelumang dosa di sini. Puteri adalah kesan noda aku dan Ima. Maafkan 'daddy' Puteri. Tatkala kau membaca email ini, Puteri telah kujemput untuk menetap bersamaku. Aku ingin melihat perubahan-perubahan Puteri. Sepertimana pengalamanmu membesarkan adikmu Hisyam. Alangkah bermaknanya kau, bila adikmu mengorak langkah pertama di usia 10tahun. Dan alangkah indahnya hidupmu bila Hisyam memanggil namamu. Aku ingin merasai semua itu. Kau memahami jiwa adik mu Hisyam lebih dari jiwa orang lain....Kerana kaishmu pada Hisyam seluas duniawi.
Terima kasih Iqa, aku ingin membina semula keluargaku yang pincang denganmu andai kau sudi. Akan kutinggalkan Puteri pada Ima demi untukmu. Maafkan aku Iqa. Aku melukakanmu. Andai diberi peluang aku ingin bernaung di bawah lembayung kasih mu yang seluas duniawi Iqa. Tapi aku tak mampu.
Maafkan aku...'
Aku tersenyum, senang bicaramu lelaki. Kau sepahkan satu sudut milikmu demi mengemaskan sudut yang belum tentu engkau miliki... Maafkan aku Zariq.... Cintamu bukan milikku. Alhamdullillah... Aku bersyukur kerana Allah swt mendengar doaku. Belum sempat hati ini jatuh sayang pada Zariq. Kau telah membawanya pergi dariku, sakit ku ini mungkin hanya setakat ini. Semoga kebahagiaan terukir buatmu, Zariq. Ingin sekali aku menemui Puteri mu. Tapi siapalah aku, cukuplah dengan kenangan bersamamu selama ini, Zariq. Terima kasih Tuhanku.
"Iqa....Iqa.....Sabar dik...."
Kedatangan Kak Nur memhentikan lamunanku. Aku tersenyum, biar kututup rasa sedihku. Kak Nur menghampiriku dan memelukku erat.
"Tenang dik, akak dapat berita..."
"Apa dia kak?"
Panik aku dengan sikap Kak Nur. Erat Kak Nur memeluk dan menarikku ke ruang tamu. Kelihatan Abang Lan turut memandangku sayu. Kenapa?! Apa yang terjadi? Takkan mereka mahu mainkan aku? Aku tersenyum.
"Kenapa suspen sangat ni? Ada apa Abang Lan?"
"Sabar, dik... Tadi sepupu Iqa call abang, Airil. Dia suruh Iqa balik."
"Hah?!"
Aku cuba mengawal perasaan terkejutku. Kenapa Airil suruh aku balik dengan Abang Lan dan Kak Nur? Apa yang terjadi?
"Pergilah kemaskan apa-apa yang patut. Nur, tolong Iqa. Kita bertolak malam ni terus."
"Kenapa ni?!"
Aku hairan, namun langkah Kak Nur kuturutkan jua. Maklumlah abang Lan menunggu aku dan Kak Nur. Selepas bersiap aku masih terpinga-pinga. Hairan. Apa yang terlah terjadi di kampung?!
Aku semakin keliru. Kenapa Kak Nur dan abang Lan bersikap sedemikian. Ya allah! Lindungilah keluargaku.
===========================================================================
**AndaI tIbA SaaT iTu AkU PasTi diTinggAlkan...
"Iqa tidurlah dulu, nanti sampai kat kampung Ika. Akak
kejutkan."
"Kenapa sebenarnya kak? Apa yang dah jadi?"
"Ika..."
Abang Lan terdiam.
"Bagitahulah kak, abang Lan. Jangan buat Ika macam ni."
"Kalau akak bagitahu. Ika kena janji, Ika kawal diri Ika ya."
"OK! Ika janji, tapi kenapa?!"
"Hmm.... Sebenarnya, tadi Airil bagitahu abang Lan. Aziah ngan Azril accident. Dilanggar van. Diorang dah takde, Ika. Pagi esok, jenazah akan di bawa balik ke rumah. Sebab tu Airil suruh Abang Lan ngan Kak Nur bawa Ika balik."
Apakah yang patut aku buat Ya allah! Pedih menusuk-nusuk ke jantungku. Aku tersenyum. Mengangguk pada Kak Nur yang memandangku sayu.
"Terima kasih, abang Lan. Kak Nur."
Suaraku tersekat di kerongkong. Airmataku bergenang. Aku kehilangan adik-adik kembarku. Kehilangan insan yang paling rapat denganku. Kali terakhir aku menemui mereka 4 bulan lepas sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur. Macam manalah dengan abah dan mama. Mereka kehilangan anak. Ya allah! Tempatkanlah adik-adikku di tempat orang yang beriman. Sepanjang perjalanan, tidak kering bibirku menghadiahkan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci lain.
Tabahlah hati, jangan bersedih. Airmata... Janganlah kau mengalir, bersabarlah. Akal, aku perlukan peranan mu untuk hadapi situasi ini. Ya Allah swt.... Tabahkan hatiku. Sabarkan jiwaku yang semakin sakit membendung keluakaan ini. Janganlah sedih hati, janganlah mengalir airmata, perginya adik-adikku tak mungkin kembali lagi. Aman lah adik-adik ku di Sana... Aku halalkan dan maafkan segal-galanya, aku iringkan pemergian kalian dengan jambangan kasih sayangku. Sabarlah hati. Janganlah menangis.
"Ika....Jangan dipaksa hati tu. Akak tahu macam mana perasaan Ika. Kalau Ika perlu lepaskan mereka dengan tangisan. Menangislah dik."
Aku menyembunyikan kelukaanku dengan tawa kecil. Namun, hati tetap pedih. Lantas airmata terburai membasahi pipi. Aku cuba menahannya sebaik mungkin.
"Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali"
Alunan muzik dari radio, seolah-olah menguji kesabaranku. Lantas aku teresak jua. Kak Nur dan Abang Lan hanya membiarkan aku dengan kelukaanku.
============================================================================
**Perpisahan itu selalu terjadi...Kepada insan yang bercinta...Sungguh sedihnya rasa...Apabila ianya terjadi...Perpisahan bermula dari dua hati...Yang kehendaknya tak dituruti...Ataupun manusia....Yang berperasaan benci"
"Kenapa sebenarnya kak? Apa yang dah jadi?"
"Ika..."
Abang Lan terdiam.
"Bagitahulah kak, abang Lan. Jangan buat Ika macam ni."
"Kalau akak bagitahu. Ika kena janji, Ika kawal diri Ika ya."
"OK! Ika janji, tapi kenapa?!"
"Hmm.... Sebenarnya, tadi Airil bagitahu abang Lan. Aziah ngan Azril accident. Dilanggar van. Diorang dah takde, Ika. Pagi esok, jenazah akan di bawa balik ke rumah. Sebab tu Airil suruh Abang Lan ngan Kak Nur bawa Ika balik."
Apakah yang patut aku buat Ya allah! Pedih menusuk-nusuk ke jantungku. Aku tersenyum. Mengangguk pada Kak Nur yang memandangku sayu.
"Terima kasih, abang Lan. Kak Nur."
Suaraku tersekat di kerongkong. Airmataku bergenang. Aku kehilangan adik-adik kembarku. Kehilangan insan yang paling rapat denganku. Kali terakhir aku menemui mereka 4 bulan lepas sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur. Macam manalah dengan abah dan mama. Mereka kehilangan anak. Ya allah! Tempatkanlah adik-adikku di tempat orang yang beriman. Sepanjang perjalanan, tidak kering bibirku menghadiahkan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci lain.
Tabahlah hati, jangan bersedih. Airmata... Janganlah kau mengalir, bersabarlah. Akal, aku perlukan peranan mu untuk hadapi situasi ini. Ya Allah swt.... Tabahkan hatiku. Sabarkan jiwaku yang semakin sakit membendung keluakaan ini. Janganlah sedih hati, janganlah mengalir airmata, perginya adik-adikku tak mungkin kembali lagi. Aman lah adik-adik ku di Sana... Aku halalkan dan maafkan segal-galanya, aku iringkan pemergian kalian dengan jambangan kasih sayangku. Sabarlah hati. Janganlah menangis.
"Ika....Jangan dipaksa hati tu. Akak tahu macam mana perasaan Ika. Kalau Ika perlu lepaskan mereka dengan tangisan. Menangislah dik."
Aku menyembunyikan kelukaanku dengan tawa kecil. Namun, hati tetap pedih. Lantas airmata terburai membasahi pipi. Aku cuba menahannya sebaik mungkin.
"Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali"
Alunan muzik dari radio, seolah-olah menguji kesabaranku. Lantas aku teresak jua. Kak Nur dan Abang Lan hanya membiarkan aku dengan kelukaanku.
============================================================================
**Perpisahan itu selalu terjadi...Kepada insan yang bercinta...Sungguh sedihnya rasa...Apabila ianya terjadi...Perpisahan bermula dari dua hati...Yang kehendaknya tak dituruti...Ataupun manusia....Yang berperasaan benci"
Kosong?! Sunyi dan sayu... Aku masih di sini, masuk hari ini hampir 5 hari berturut-turut aku termenung di sini. Kosong sekosong-kosongnya, sayu hatiku bila mengenangkan mereka telah tiada lagi. Tanah yang menimbus jasad adik-adikku. Sedihnya!! Aku ingin menangis, namun. Semuanya sia-sia, betapa mereka disayangi oleh Allah s.w.t. Kerana dijemput pergi terlebih dahulu. Azril...Aziah... Akak rindu. TIada lagi airmata yang tumpah. Semuanya telah habis kuhamburkan di dalam kereta abang Lan tempoh hari.
"Bila nak balik ke KL, Ika?!"
"Ika tak nak balik lagi, Kak."
Jawapan itulah mematikan kata-kata Kak Nur. Aku tahu, walaupun adik-adikku telah tiada. Aku mesti teruskan hidup. Mereka telah aman bersemadi di sana.
"Sabarlah...Allah lebih sayangkan mereka. Teruskan hidup kau Ika."
Senangnya mereka berkata-kata. Tahukah apa yang aku tanggung?! Mereka adik-adikku. Darah dagingku, kemanjaanku. Aku masuk ke kereta, kemudian memandu pulang. Setibanya di rumah, Zayed terkial-kial berjalan mendapatkanku. Anak saudaraku yang malang. Di tinggalkan adikku, Aziah yang baru melansungkan perkahwinan setahun lepas. Sudahlah ditinggalkan ibu, abahnya pula membuangnya jauh-jauh. Zayed anak istimewa, Zayed tempang sebelah kaki. Malah Zayed ada masalah otak. Zayed tidak boleh berkata-kata, cuma menangis, ketawa dan mengangguk-ngangguk faham.
"Yea, sayang. Rindu Che Ngah ya. Mari peluk Che Ngah. Zayed duduk ngan Che Ngah ya. BIar Che Ngah jadi ibu Zayed. Sayang, anak buah Che Ngah."
Aku mengagah Zayed di ribaanku, mengekek Zayed ketawa.
"Buu...Buu..."
"Hah?!"
Terkejut aku, Zayed memanggilku. Sebak aku mendengar panggilan Zayed. Mama dan abah turut menangis. Kesian Aziah, tak sempat mendengar perkataan pertama Zayed. Malam itu seperti malam-malam sebelumnya. Akulah bertanggungjawab untuk menidurkan Zayed. Permata hati mama dan abah.
"Angah, biar abang dan Kak Min jaga Zayed. Lagipun Amira dan Aiman pun belum ada adik."
Aku terdiam. Mama dan abah juga. Abang Long masih menunggu jawapanku.
"Angah pergilah kembali bekerja. Mama dan abah pun dah ok sikit. Walaupun rumah ni sunyi tanpa adik ngan Ziah."
"Mama..."
Ada linangan airmata bertakung di mata mama. Abah hanya mendiamkan diri. Azril anak bongsu. Aziah pula adik selepas aku. Mengharapkan Azlan dan Azman, tahun depan baru mereka tamat pengajian di luar negara. Majlis pengebumian arwah, pun tidak dapat dihadiri oleh mereka memandangkan mereka mempunyai masalah kewangan.
Aku sendiri sedia maklum dengan situasi ke dua adikku yang berusaha keras menghabiskan pengajian di Harvard dan Melbourne.
"Abang boleh jaga Zayed, Angah. MInggu depan kamu baliklah dengan Kak Nur. Mereka pun akan balik untuk berkahwin. Lagipun dah lama sangat kamu tinggalkan bisnes kedai buku kamu tu. Jangan harapkan sangat budak-budak kat sana tu, Angah."
Aku akur, mengangguk perlahan. Aku masuk ke bilik selepas meminta diri untuk tidur. Perlahan aku melabuhkan tubuh di sisi Zayed yang lena tertidur.
"Sayang anak ibu."
Perlahan ku bisikkan ucapan tersebut ke telinga Zayed. Sejak petang tadi beria benar dia memanggilku ibu. Kaletah Zayed menghiburkan aku. Aziah.... Aziah.... Kesian Zayed. Dahi Zayed ku cium perlahan. Kuambil wuduk dan beberapa surah Al-quran kuhadiahkan pada arwah Aziah dan Azril. Adik-adik kesayanganku. Selepas solat sunat 2 rakaat, aku terlelap di sebelah Zayed.
=======================================================================
Sekali
lagi aku kehilangan, sebaik aku letakkan barang-barang di rumah sewaku. Aku
terhidu bau busuk, bangkai iguanaku yang telah mati. Sedih aku. Lepas satu-satu
aku kehilangan. Akhirnya aku tanamkan bangkai tersebut di belakang rumah
sewaku. Kak Nur hanya menggeleng kan
kepala.
"Esok
Ika akan terus ke kedai, lagipun ada kelas Ika ponteng."
"Okaylah
tu. Akak suka tengok Ika dah ok macam ni."
2
minggu di Kuala Lumpur,
sengaja aku sibukkan diri dengan kerja dan kelas-kelas ku yang banyak
tertangguh. Biarlah aku tiada kehidupan sendiri. Sesekali aku mulai merindui
Zayed. BIla mengingatkan Zayed pasti aku mulai sibukkan diri dengan
bermacam-macam kerja. Kak Nur telah berpindah ke rumah Abang Lan.
Alhamdullillah. Sampai juga jodoh mereka. Satu hari aku mendapat berita dari
mama tentang Zayed yang sedang sakit-sakit. Anak buahku yang baru mencecah
setahun itu masih terlalu kecil untuk menerima semua ini. Kehilangan ibu dan
dibuang ayah.
Demi
kasihku pada Zayed, terburu-buru aku balik ke kampung bila, mama menelefonku
memberitahu tentang Zayed.
"Zayed
sakit, demam. Kadang tu dia meracau-racau mahu mama carikan ibunya. Baliklah
kejap Ngah. Mama dan abah dah tak tahu macam mana lagi kami nak buat."
"Tengoklah
mama, sebab Kak Nur tak boleh temankan Angah. Banyak kerja nak diuruskan kat
kedai tu. Lagipun Angah tak biasa nak drive sorang-sorang. Teruk sangat ke
mama?
"Semalam
abah dan bawa ke klinik. Sekarang Zayed kat HBKT. Balik, Ngah."
"Ya
allah! Memang teruklah tu, apakata doctor, mama? Angah cuba balik
nanti, mama. Insyaallah. Angah terus ke hospital mama. Apa-apahal pasal Zayed
mama call Angah ek?"
"Hati-hati
bawa kereta, Angah. Biar lambat asal kamu selamat sampai."
""Hmm...Assalamualaikum."
Gagang
kuletak. Zayed... Rindukah Zayed pada ibunya? Sabar, sayang. Che Ngah balik ya.
Nanti Che Ngah bawa Zayed tinggal dengan Che Ngah. Che Ngah janji sayang.
Selepas berkemas beberapa keperluan penting. Aku terus bertolak ke Terengganu.
Di lebuhraya aku berhenti untuk solat dan berehat. Letih bila memandu sendirian
tanpa teman. Aku melepaskan rehat di dalam kereta untuk beberapa minit, letih
habis seluruh badan-badan. Maklumlah seharian aku berkejar ke sana ke mari.
"Tok....Tok...Tok..."
Ketukan
di cermin kereta membuatkan aku terkejut sakan, hilang penat lelahku. Mamat
manalah yang giler sangat ni. Seorang pemuda yang agak berusia, tersenyum
memandangku. Cermin kereta kuturunkan separuh. Bimbang, mana tahu orang jahat
nak apa-apakan aku.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam,
boleh saya bantu Encik?!"
Aku
cuba
berbasi-basi, maklumlah aku sendirian. Lelaki ni berdua. Mahunya orang jahat.
Mati aku. Aku melihatnya dari atas ke bawah. Kemas, segak dengan jeans dan
jersi. Takkanlah orang jahat kot. Agak-agaknya 'bapak ayam', lelaki di
belakangnya kulihat agak kelakar dengan gigi yang tersembul, dan botak. Mesti
pengikutnya, apalah ada pada aku ni. Kalau dia nak jual akupun belum tentu
laku. Bimbang aku.
"Maaf,
saya Azim. Dari tadi saya tengok Cik..."
Aku
terdiam, malas untuk memperkenalkan diri. Aku cuba tersenyum. Walaupun kat hati
aku ni bukan main takut lagi.
"Haa....
Cik nak ke mana?"
"Hah?!
Saya... Saya.... Nak balik Terengganu."
Kenapalah
aku beritahu mamat ni, cabulnya mulut aku ni. Aku memandangnya pelik, Azim
tersenyum. Di rabanya poket seluarnya. Aku menaikkan cermin kereta, manalah
tahu kot-kot dia nak acukan pistol ke, pisau ke? Sekurang-kurangnya sempat lagi
aku nak mengucap. Hehehe!
"Ini
kad kerja saya, nampak macam Cik macam takut-takut nak berborak dengan
saya."
"Hah?!"
Aku
menurunkan cermin kereta kembali. Tergelak besar aku bila melihat kad yang
dihulur Azim. Inspektor... Aku meneliti gambar di kad tersebut, kemudian
menyamakan dengan wajahnya. Selepas benar-benar pasti, aku tersenyum lega. Aku
keluar dari kereta.
"Saya
Ika, maaflah saya nak balik Terengganu. Pasal tadi tu...Maaf ya."
"Saya
faham, semua orang kalau di tempat Cik Ika pun akan jadi takut bila saya tegur
macam tadi. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Zamri yang macam penjahat
ni."
"Hmm...."
Zamri
menghulur tangan untuk berjabat, aku mengangguk. Takkan aku nak sentuh lelaki.
Aku ni pompuan Melayu terakhirlah. Bukan senang nak pegang-pegang tangan orang.
Zamri tersengih, seolah-olah faham.
"Mari
saya belanja Cik Ika minum. Nampak Cik Ika macam letih."
"Ops!
Panggil Ika aje."
"Marilah
Ika, bukan senang Azim nak belanja ni."
Zamri
mengusik Azim. Aku melihat jam tanganku yang hampir mencecah jam 4 petang.
Bimbang andainya terlewat untuk sampai ke Terengganu. Lebih-lebih lagi bila
mengingatkan keadaan Zayed yang baru dimasukkan ke hospital.
"Maaflah
En Azim, Zamri... Saya bimbang takut-takut terlewat sampai ke Terengganu.
Lagipun saya ada hal."
"Ooo...Nak
balik Terengganu, samalah kita. Kitorang pun nak balik Terengganu, Ika."
"Iya
ke? Terengganu kat mana?"
Tanyaku
ramah, mana tahu aku boleh bersaing balik dengan mereka. Tentu lebih selamat,
lagipun mereka polis.
"Jalan
Kamaruddin, Kuala Terengganu."
"Ooo...Dekatlah,
saya kena terus ke hospital. Anak tak sihat."
"Hah?!
Ika dah kahwin ke? Mana ‘husband’?"
Zamri
terburu-buru mengajukan soalan cepumas padaku. Aku ketawa. Kulihat Azim dan
Zamri terkejut memandangku. Kenapalah mulut aku ni laju sangat berlawak dengan
mereka.
"Maaflah...Anak
buah tak sihat."
"Oooo..."
"Oklah,
saya pergi dulu. Takut lewat sampai Terengganu nanti. Apa-apa pun terima
kasih."
Aku
meminta diri. Ketika aku cuba
ingin masuk ke kereta.
"Ika...Ika..."
"Hah?!"
Panik
aku bila Zamri menghampiriku. Pelik pulak mamat ni. Kenapa ni?!
"Kita
bersaing balik sekali, lagipun kita sehala. Kalau Ika tak keberatan, Azim boleh
temankan Ika drive. Lagipun bahaya perempuan macam Ika ni drive
sorang-sorang."
"Takpelah....Encik
Zamri. Terima kasih. Saya tak nak menyusahkan Encik Azim. Terima kasih. Saya
boleh drive sendiri. Saya ikut kereta Encik Zamri nanti."
Aku
menolak bantuan dari Zamri memandangkan Azim hanya terdiam.
"Alah...
Takde apa-apalah Ika. Biar saya 'drive', lagipun awak nak cepat kan? Saya racing
'Formula One' dulu."
Aku
tergelak dengan kata-kata Azim. Tanpa membantah, aku terus ke kerusi penumpang.
Lagipun aku perlu simpan tenaga, malam ini aku kena temankan Zayed di hospital.
Sepanjang perjalanan, bermacam-macam cerita di ceritakan oleh Azim. Seperti
yang dijanjikan. Aku sampai ke Terengganu jam 8 petang. Sebelum ke wad Zayed,
aku mengajak mereka bersolat maghrib terlebih dahulu. Azim dan Zamri
menghantarku terus ke hospiital.
"Terima
kasih, banyak-banyak Azim. Serba salah saya rasa kalau tak belanja awak makan.
Encik Zamri sekali."
"Tapi
Ika kena tengok anak buah dulu kan?
Saya temankan Ika naik."
Takkanlah
sampai macam tu. Nanti apa kata abah dan mama. Aku tersenyum. Zamri dan Azim
beria-ia mahu menemui Zayed. Akhirnya aku akur, aku naik ke wad kanak-kanak.
Aku mencari-cari katil Zayed.
"Buuu!!!
Buuu....."
Suara
Zayed bergema di segenap wad bila terpandangkan aku. Tanganku di capai dan
dicumnya. Azim dan Zamri kuperkenalkan pada mama dan abah.
"Sayang
anak ibu."
Pipi
Azim kucium berkali-kali. Rindu benar aku pada anak kecil ini, airmataku
menitis bila Zayed berpaut erat ke leherku. Tangan kecilnya menyapu airmataku
yang menitis.
"Tengok,
sedih Che Ngah bila Zayed sakit-sakit macam ni. Kita balik ya."
"Buuu...Buuu...."
Sayu
Zayed memanggilku. Aku meminta izin doktor membawa Zayed keluar mengambil angin
pantai. Zayed kelihatan sihat di sampingku. Aku membawa Zayed menemani Azim dan
Zamri makan di cafe terdekat. Tak puas-puas Zamri mengagah Zayed, lansung tidak
kisah dengan keadaan Zayed.
"Biar
pakcik dukung Zayed pulak. Kesian Ibu tu."
Zayed
menggeleng. Zamri memujuk lagi.
"Pakcik
beli coklat kalau Zayed dukung dengan pakcik."
Barulah
Zayed menghulur tangan, pipiku dicium Zayed. Zayed didukung Zamri. Gembira
benar Zayed di dalam dukungan Zamri. Kesian Zayed, abahnya membuangnya.
Sedangkan orang luar boleh menerima Zayed seadanya.
“Ika…Ni
contact number saya. Kalau awak perlukan apa-apa. Awak bagitahulah.”
“Insyaallah.
Terima kasih pasal tadi tu.”
Aku
menyambut huluran kad dari Azim.
“Biasa
saja. Comel Zayed tu, tapi saya tak biasa dengan kanak-kanak. Saya takut saya
berkasar dengan kanak-kanak.”
“Maklumlah,
polis…. Emcik Zamri ok je.”
“Dia
lain, dah ada anak 3.”
Aku
tergelak, ternyata Azim bimbang untuk mendukung Zayed. Selepas mengambil Zayed
dari Zamri. Mereka terus meminta diri. Azim pula yang belanja kami semua.
“Panjang
umur kita jumpa lagi ya.”
“Insyaallah.”
“Ika…
Boleh saya minta phone number Ika?”
Aku
tersenyum memandang Azim.
“Nanti
saya mesej awak. Insyaallah.”
Selepas
Azim dan Zamri menghilang, aku membawa Zayed kembali ke wad. Petang itu setelah
diperiksa doctor. Zayed mulai dibenarkan pulang.
“Zayed
rindukan ibunya, dan saya rasa Zayed dah anggap Cik Ika ibunya. Jagalah dia
baik-baik. Walaupun dia istimewa, Zayed ada banyak kelebihan lain berbanding
kanak-kanak normal.”
Aku
mengangguk faham. Selepas seminggu di kampong, aku tekad membawa Zayed ke Kuala Lumpur. Biarlah aku
menjaga Zayed sepenuh hati dan kasihku. Gembira Zayed membantuku berkemas.
Semua permainannya dikumpul untuk dibawa bersama. Sekotak permainan Zayed serta
dua beg pakaian Zayed ku bawa bersama. Begitu juga kelengkapan kanak-kanak
lain. Alangkah terhiburnya aku sepanjang pengalaman dengan kaletah Zayed.
Beberapa kali aku singgah berhenti di mana-mana persinggahan. Bimbang Zayed
mula bosan berada lama-lama di dalam kereta. Sesampai di rumahku di Kuala Lumpur.
“Kita
dah sampai, sayang!”
Mengekek-ngekek
Zayed ketawa, suka benar Zayed bertatih-tatih di rumah sewaku. Mungkin kerana
adanya Zayed, aku hilang penat dan lelahku. Seluruh rumah, aku kemaskan untuk
kesenangan dan keselamatan Zayed berada di rumah sewaku. Selepas berkemas, aku
siapkan Zayed untuk keluar membeli keperluan dapur dan makanan untuk Zayed.
Dapat kulihat kegembiraan Zayed, apabila aku membelikan kolam mandi kecil,
patung beruang dan kerusi makan khas untuknya. Malah dengan sedikit duit yang
maish berbaki aku membeli sebuah computer mini untuknya. Ke sana ke mari Zayed membawa laptop kecilnya,
walaupun langkahnya pincang. Zayed berusaha membimbitnya. Malam itu selepas
makan malam, Zayed tertidur di ribaanku. Ku dukung Zayed ke bilik tidurku.
Perlahan-lahan kuletakkan Zayed di katil kecilnya, ditemani beruang putih yang
baru kubeli tadi. Bahagiakah Zayed bersamaku?
================================================================================
Hampir
2 tahun lebih Zayed tinggal bersamaku. Setiap hari-hari yang kulalui bersama
Zayed amat membahagiakanku, melihat beberapa perkembangan Zayed yang mulai
membesar. Dia mulai boleh menyebut beberapa perkataan mudah. Menurut doctor,
Zayed boleh bertutur sekiranya di latih setiap hari.
“Ibu….Ibu…Atang!”
“Lapar….
Bukan makan.”
Zayed
tersenyum, menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Manis, anakku.
Anak kesayangan ibu. Bila melihatkan senyuman Zayed teringat aku pada arwah
Aziah. Satu-satunya adikku yang degil, kerana turutkan cinta. Aziah mengahwini
Yusman. Tana sempat menanti keputusan SPM keluar, mereka sudah selamat
diijabkabulkan. Aziah mengandungkan Zayed selepas 2 bulan mengahwini Yusman.
Azril menyambung pengajian, kerana mereka saudara kembar, Azril dan Aziah
sentiasa bersama. Malah segal-galanya dikongsi dengan adik kembarnya. Yusman
lelaki yang baik pada mulanya, walaupun usia Yusman jauh lebih tua berbanding
Aziah. Namun panas tidak sampai ke petang, Zayed lahir dalam keadaan tidak
normal. 8 bulan dalam kandungan Zayed terpaksa dikeluarkan kerana Aziah
mengalami banyak masalah kesihatan. Zayed mengalami masalah akal dan tulang.
Sebaik
mengetahui keadaan Sayed, Yusman hiang membawa diri. Entah mengapa, Aziah
ditinggalkan sendirian dengan Zayed. Hanya nafkah Aizah yang sentiasa diberikan
oleh Yusman. Zayed dibenci seolah-olah Zayed bukan anaknya. Kesian Zayed.
Ditinggalkan ibu dan ayah dalam usia yang muda. Patutlah Zayed mesra dengan
semua orang, hanya senyuman dan tawa yang menghiasi hari-hari Zayed. Betulkah
Zayed bahagia? Bagiku Zayed bukan lagi anak buahku, namun anak ku. Anak yang
amat aku sayangi. Zayed kuangkat ke ribaan.
Sejak
Zayed tinggal bersamaku, hidupnya sentiasa ceria. Malah kaletah Zayed bersama
laptop kecilnya yang tak pernah lekang darinya membuatkan aku terhibur. Di mana
aku pergi dan heret laptopku, di situlah Zayed akan membimbit laptopnya. Zayed
mulai aktif berjalan. Akulah insan gembira dengan setiap perkembangan Zayed.
Kak Nur mulai renggang denganku sejak dia mengandung, dia tak mahu aku membawa
Zayed ke rumahnya. Bimbang malang Zayed terkena anak dalam kandungannya. Gusar
andai kecacatan Zayed terkena pada anak sulongnya. Aku hanya mampu menangis
mendengar kata-kata Kak Nur.
“Kak
Nur, tak mahu anak dalam perut ni cacat macam Zayed. Akak harap Ika faham. Kak
Nur tak setabah Ika nak jaga anak cacat macam Zayed.”
“Cukuplah
kak, Zayed tu anak saya. Kakak kutuk Zayed, hati saya terasa kak. Sampai hati
akak. Apalah salah Zayed pada akak.”
Aku
mendukung Zayed, dan membawanya keluar dari rumah Kak Nur. Abang Lan
menghalang. Namun, semuanya tak dapat memadamkan kelukaan hatiku dengan
kata-kata Kak Nur.
“Orang
mengandung Ika, janganlah ambil hati. Kak Nur memang macam tu. Maafkan dia,
dik. Abang wakil Kak Nur. Maafkan kak Nur, dik. Zayed anak papa. Jaga diri
baik-baik sayang. Tak lama lagi Zayed dapat adik. Mama dah mengandung, sayang.”
Abang
Lan mencium pipi Zayed. Kasih abang Lan banyak tertumpah pada Zayed. Sebab
Zayedlah yang menjadi penghibur bagi Abang Lan dan Kak Nur satu tika dulu. Aku
terus membawa diri dari rumah Kak Nur dan abang Lan. Banyak yang menimpaku
sepanjang Zayed di sisiku.
“Saya
tak suka budak-budak kak, lebih-lebih lagi budak macam Zayed. Saya takut.”
“Zayed
tak buat apa-apa pada Ana. Kenapa Ana nak takut?”
“Zayed
suka tarik-tarik muka saya. Tarik-tarik kain saya bila nak cakap. Saya takut
Zayed…”
“Nauzubillah…
Zayed tu budak, Ana. Jangan jadi bodoh. Akak berhentikan Ana kerja. Akak tak
nak tengok muka Ana lagi kat kedai akak ni.”
Entah
apa nak jadi dengan masyarakat hari ini, ramai yang berfikiran jijik terhadap
anak cacat seperti Zayed. Apa salah Zayed. Dilahirkan istimewa? Bukan nya untuk
dihindari atau dikeji, tapi untuk menumpang sedikit kasih sayang. Begitu juga
nasib malang yang menimpaku bila keluarga yang merisikku, lari bila
ternampakkan aku punyai anak istimewa seperti Zayed. Biarlah Zayed, Ibu takkan
kahwin kalau mereka tak boleh terima Zayed. Entahlah, nasib ada kawan-kawan
seperti Cindy, Carol dan Meenachi. Merekalah yang banyak membantuku, begitu
juga Linda dan Asmira. Merekalah yang memahami situasiku. Beberapa kali kawan
lelaki yang kutemui menolakku mentah-mentah bila mengetahui tentang Zayed.
Hinggalah suatu hari. Carol memperkenalkan aku dengan seseorang.
“Nak
ke dia terima saya, Carol? Awak tahu kan?”
“Sebab
handsome ni ke?”
Zayed
terkekek ketwa di ribaan Carol. Kemanjaan Zayed buatkan Carol suka bermain
dengannya.
“Malam
ni kau bawalah Zayed sekali, tengok apa reaksi dia. Aku gerenti, Ika. Dia ni
memang baik.”
“Betul
ke?”
Seperti
dijanjikan aku keluar dating ditemani Zayed. Irfan memang baik.
“Saya
pun suka budak-budak, awak tahu Ika. Saya ada 5 orang adik beradik. Saya yang
sulung. Jadi saya tak kisah budak-budak macam Zayed ni. Kan
Zayed kan?”
Aku
tersenyum mendengar pengakuannya. Zayed mengecilkan badan di sisiku, tanda
memprotes. Irfan agak kolot, dengan spet besar, berkemeja dan berseluar slack.
Dan yang teruknya, aku yang terpaksa keluarkan duit membayar dinner kami malam
itu.
“Bosan lah mama. Dah puas Angah cari, tapi tak dapat-dapat juga. Kalau ada jodoh Angah kahwinlah.”
“Azman dah kahwin, lepas tu Azlan pulak esok lusa dah nak bertunang. Kamu ni bila lagi?”
“Nantilah mama.”
Aku keluar ke Bandar, mencari keperluan untuk mengadun kuih raya. Tidak lama lagi Syawal akan menjengah. Zayed kutinggalkan bermain dengan sepupu-sepupunya. Sedang asyik aku mencari parking.
“Burp!!”
Bergegar duniaku. Aku segera keluar dari kereta. Ya allah! Kereta aku. Kenapa boleh ajdi macam ni. Aku menghampiri Toyota ViOs yang melanggar keretaku. Seorang pemuda keluar dengan menghulurkan beberapa not rm50. Tanpa meminta maaf dariku.
“Alah… Setakat kembara aje, bukannya teruk pun.”
“Saya tak kira! Saya takkan ambil duit awak. Jom kita selesaikan hal ni kat balai polis.”
Lantang aku bersuara. Entah kenapa aku sebodoh itu. Mengheret seseorang ke balai. Sedangkan aku tidak tahu apa-apa tentang semua ini. Nombor keretanya ku catat. Kemudian aku memandu ke Jalan Kamarudin untuk melaporkan kejadian berkenaan. Sebelum masuk ke balai. Ku cuba menelefon Along, untuk mendapat sokongan. Ternyata hampa. Apa aku nak buat ni?! Aku cuba menelefon Azlan.
“Apalah Angah ni, Lan tengah date ni. Apesal akak bawak kes tu sampai ke balai.”
Angin aku mendengar kata-kata Azlan. Sebaik melangkah masuk ke balai, jantungku berdegup kencang. Aku ke kaunter untuk memberi kenyataan. Tiada pegawai Polis yang menyambut kehadiranku. Pelik. Mentang-mentang ini bulan Ramadhan, takkan polis pun rehat. Aku menanti. Hinggalah. Kedengaran riuh suara beberapa orang pegawai yang masuk.
“Assalamualaikum Cik. Maaf. Boleh saya Bantu.”
“Waalaikumsalam.”
Aku mengangkat muka. Pegawai yang beruniform di depanku tersenyum. TIba-tiba aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali.
“Encik Zamri….”
“Apa dia Cik?!”
“Hah?!”
Aku terpinga-pinga. Aku cuba menarik nafas lega.
“Boleh panggilkan saya Encik Zamri?!”
Pintaku dari pegawai berkenaan. Pegawai yang memakai tag Rosli itu masuk menghampiri Encik Zamri. Zamri mendapatkan aku di kaunter.
“Kenal lagi tak?!”
Zamri terpinga-pinga memandangku.
“Zayed…Ika…”
“Subhanallah! Sungguh-sungguh saya tak dapat cam Ika. Buat apa kat sini?”
“Alhamdullillah, syukur Ika jumpa Encik Zamri kat sini. Saya nak buat report, tadi kereta kena langgar dekat Sabasun sana.”
“Ooo…Mari ke bilik saya.”
Aku akur, syukurlah aku kenal seseorang di sini. Alhamdullillah. Sebaik mausk ke bilik Encik Zamri, aku di suruh duduk sebentar. Sementara dia mendapatkan seorang pegawai untuk mengambil keteranganku tentang kejadian tersebut. Macam-macam prosedur perlu aku ikuti. Hampir 2 jam lebih aku menapak di Balai tersebut. Seketika selepas selesai prosedur berkenaan, Encik Zamri mendapatkan aku kembali.
“Ke mana menghilang? Lepas hari tu, Ika hilangkan diri. Tak contact saya ataupun Azim.”
“Iyalah…. Saya lupa, macam-macam perkara saya kena settlekan. Lupa saya, mana Azim sekarang ni? Dah 2 tahun lebih kan? Maaf sangat-sangat, bukan tak sudi nak berkawan. Tapi sememangnya banyak perkara saya kena settlekan. Zayed dah jadi anak saya. Saya yang jaga dia sekarang ni.”
“Dah kahwin ke?”
AKu tersenyum, soalan cepumas lah tu.
“Belum ada jodoh lagi, ingatkan nak besarkan Zayed dulu.”
“Jangan tunggu lama-lama, nanti jadi anak dara tua. Hahaha!”
Terkedu aku, Encik Zamri ni memang tak sayang mulut.
“Kejap ya.”
Encik Zamri menelefon seseorang. Kemudian kami kembali bersembang.
“Apa lagi yang kau nak?!! Aku sibuk lah, kau ni tak habis-habis susahkan aku.”
Kasar. Seseorang masuk menganggu perbualan kami. Aku tersentak dan menoleh.
“Kenapa tak bagitahu kau ada tetamu?!”
“Kau kenal lagi tak Azim?!”
Azim memandangku sekali lagi. Kemudian tersenyum. Mungkin Azim sudah tidak mengenaliku lagi.
“Tak sangka saya. Kita berjumpa semula, Ika lama ke kat sini?”
“Kejap lagi dah nak balik, tadi datang buat laporan. Kereta kena langgar dekat Sabasun tadi. Kebetulan nampak Encik Zamri, teruslah tegur. Ingatkan awak dan ditukarkan ke tempat lain. Tak snagka lepas 2 tahun lebih. Kita jumpa semula.”
“Maaflah Ika, saya sibuk. Ada kes nak kena settle. Sorry, Zamri. Aku chow dulu.”
Azim bergegas untuk berlalu. Aku tahu kesibukan Azim sebagai seorang Inspektor bahagian Jenayah.
“Ika ni masih macam dulu. Tak berubah Azim. Takkan nak terlepas lagi kot.”
“Hah?!”
Giler ke?! Apa yang tak berubahnya?! Aku dah jadi mak budak lah.. Dah nak masuk 28 tahun pun. Kenapa pulak ngan Zamri ni? Malukan aku macam tu. Aku cepat-cepat meminta diri. Ya allah! Sebaik pintu dibuka, aku terkejut dengan keadaan Balai Polis yang dipenuhi dengan budak-budak lumba haram. Dekat mana laluan tadi? Macam mana nak keluar ni? Isk..isk…isk… Takut aku.
“Kenapa…”
Hampir-hampir aku tercium dada Azim, macam mana mamat ni boleh tercongok kat sini. Kalau tak kurus puasa aku buat dosa free bulan-bulan baik ni. Keadaan semakin sesak. Macam mana aku nak keluar kalau macam ni. Semua pemuda-pemuda yang diheret bergari di tangan. Panik aku melihat perkara sebegitu. Teruknya.
“Ika nak keluar ke?”
Terasa sukar aku menelan air liurku sendiri bila berhadapan dengan situasi sebegini. Semua kawasan di penuhi dengan lelaki.
“Boleh ke saya keluar?!”
“Saya pun nak ke sana. Jom.”
Aku cuba melangkah di celah-celah manusia yang kelihatan agresif. Azim sudah jauh meninggalkanku. Ya allah! Macam mana nak bergerak kalau macam ni.
“Hai kak… Nak pergi mana tu?”
“Peewitt….”
Ya allah! Sempat lagi budak-budak ni, kalau aku ada pistol. Satu-satu aku tembak mulut budak-budak ni. Sesak dadaku dengan pengalaman begini. Situasi yang agak teruk bagiku. Macam mana ni? Takkan aku ingin berpatah kembali ke bilik Encik Zamri. Semua jalan di penuhi budak-budak yang menakutkan.
“Ika…”
“Hah?!”
Azim di depanku dengan wajah peliknya. Aku terpinga-pinga. Dadaku semakin kuat debarannya.
“Kenapa?!”
“Saya…saya….”
“Takut?! Jom ikut saya. Maaf sebab tinggalkan awak.”
Azim tergelak kecil. Sampai hati dia, gelakkan aku. Takpe…Takpe… Hari ni hari dia. Lemahkah aku andai aku katakan yang sebenarnya aku takut. Takut dengan situasi sekarang. Senyuman Azim membuatkan aku terasa diperkecilkan. Entah mengapa aku membiarkan Azim menarik tanganku mencari jalan keluar. Pegangan tangan Azim kupegang erat, bimbang takut tertinggal lagi. Sebaik sampai di luar, aku terus mendapatkan keretaku. Pedih rasa mukaku. Takut dengan situasi sebentar tadi.
“Maaflah… Saya tak tahu Ika takut. Sejuk tangan Ika tadi.”
Aku cuba mengawal perasaan. Cuba bertenang. Beberapa kali nafasku tarik. Gagal untukku membuka pintu kereta. Azim masih di belakangku. Kunci kereta gagal kucari dari tas tanganku. Serik! Sungguh selepas ini aku takkan sesekali melangkah ke Balai Polis lagi. Sumpah!
“Ika ok ke?”
Berterabur barang-barangku dari tas tanganku jatuh. Azim berdehem.
“Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni? Rasa macam nyawa hujung tanduk je. Saya tak biasa. Maaflah, saya susahkan awak. Saya kena balik. Berbuka, sekarang dah nak masuk jam 6 lebih.”
“Berbuka dengan saya, boleh?!”
Terkejut aku. Azim membantuku memasukkan kembali barang-barang yang berterabur dari tas tanganku. Tak pernah-pernah aku gugup borak ngan manusia macam ni. Isy! Memang memalukanlah.
“Saya tahu Ika dah tak boleh drive kalau macam ni. Nanti saya hantarkan.”
“Hah?!”
“Tutup mulut tu, saya tengok Ika macam teruk sangat. Sekarang diorang dah dalam lokap. Kita masuk, saya nak salin baju kerja saya. Lepas tu kita keluar berbuka.”
“Masuk?!”
“Gulp!”
Aku telan air liurku dengan payahnya. Azim ketawa, kelakarkah dengan keadaan situasiku seperti ini?
“Masuk dengan saya. Saya lindungi Ika. Saya janji.”
Gelaklah kau Azim. Aku tahulah, aku penakut. Nak ambil kesempatan lah tu. Mentang-mentang td bleh tarik free. Aku puasa lah, bukan nak menambahkan dosa.
“Hah?! Saya tak berani lagi. Maaflah. Saya tunggu kat luar aje.”
“Kejap lagi trak kedua sampai, lagi bahaya kalau awak tunggu kat luar. Jomlah. Jangan takut, saya ada.”
Giler ke? Takkan aku nak harung keadaan tadi tu sekali lagi. Azim menunggu jawapanku. Mungkin mukaku membuatkan Azim faham, aku sudah serik untuk masuk sekali lagi.
“Ok! Saya tak paksa. Kejap aje. Ika tunggu dalam kereta, kejap lagi saya datang. Kita pergi dating Ok!”
Aku mengangguk. Cepat-cepat aku masuk ke kereta. Seketika kemudian Azim keluar dengan t-shirt dan jeans nya. Aku tersenyum.
Dating konon?! Cerminlah muka tu nak ajak aku dating. Ni bukan sebab aku lawa sangat. Tapi sebab dia ngan aku cam langit ngan bumi. Maunya orang tengok nanti, orang ngumpat kat belakang.
“Kita naik kereta saya, lagipun kereta Ika perlu dibaiki. Nanti saya suruh orang tolong baikikan. Jom.”
Aku menurut. Tas tangan kucapai. Aku mengekor langkah Azim ke keretanya. Moden juga mamat ni. Honda Civic, boleh tahan. Siap modified. Cun giler. Aku menurut Azim berbuka di sebuah gerai makan di pinggir Bandar.
“Ya allah! Saya terlupa nak bagitahu mama. Kejap ya.”
Aku menelefon mama di rumah. Sepenuh hati mama meleteri aku. Namun leteran mama berhenti bila aku memberitahu mama aku bersama Azim. Lega agaknya. Kemudian di suruhnya aku mendapatkan beberapa barang keperluan rumah. Sakit ke mama ni? Walaupun berkali-kali aku memberitahu keretaku rosak, mama tetap memaksaku mendapatkan barang-barang tersebut.
“Kenapa?!”
“Mama suruh saya belikan barang-barang tu jugak-jugak. Mama ni macam-macamlah.”
Aku menyambung menghirup sup tulang yang masih berbaki. Azim hanya menanti. Tak merokok ke mamat ni? Takkan dia tengok aku makan kot. Aku ni pelahap, Kak Nur selalu tegur macam tu, tapi cara aku makan boleh mempengaruhi orang lain. Hehehe… Azim….Azim…. Takkan pelik kot tengok aku makan. AKu mengangkat muka.
“Kenapa tengok macam tu? Ada sesuatu tak kena ke? Saya memang macam ni, awak tengok sampai putih mata pun. Saya akan tetap macam ni. Hehehe!”
Azim tersengih, malulah tu. Padan muka sapa suruh malukan aku dulu. Nak sangat kan?! Ambik ajelah.
“Lepas ni saya tak masuk balai lagi, apakata saya temankan awk carikan barang-barang tu nanti. Lepas solat, saya temankan. Amacam? Lagipun saya nak gak tahu apa barang yang perempuan beli bila nak menyambut Syawal ni.”
“Awak tak balik kampung ke?”
“Takk… Saya kena bertugas di pagi raya.”
“Takkan sampai macam tu?”
“Sedihnya, tak boleh saya nak manja dengan mak saya di pagi Syawal nanti. Kat sini pun saya takde sapa-sapa.”
“Hehehe….Datanglah rumah saya. Sambut Syawal kat sana.”
“Boleh ke?”
“Boleh saja, lagipun mama dan abah dah kenal awak. Mesti Zayed pun seronok tengok awak.”
“Insyaallah!”
Aku tersenyum, begitulah kerja sebagai anggota pakaian seragam. Tidak pulang menyambut Syawal bersama keluarga disebabkan tugas. Nasiblah, sapa suruh diorang jadi macam tu. Padan muka. Isy! Isy! Berdosanya aku.
“Jom. Perut dah penuh. Kita pergi solat dulu.”
“Hmm…”
Aku menurut, kami singgah solat Maghrib di Masjid Terapung. Syok juga kalau boleh tarawih di sini. Azim memintaku menyimpan kunci kereta, jam tangan, handphone dan walletnya. Aku tergamam. Takkanlah Azim mempercayaiku sampai macam ni.
“Peganglah, simpan dalam handbag Ika. Saya takde handbag.”
Azim berlawak. AKu hanya ketawa mendengar jawapannya. Selesai solat aku mencari-cari Azim. Mana pulak dia ni. Nak call tak tahu nombor handphonenya. Nasiblah.
“Maaf, lambat. Kenyang sangat. Jadi membuang lah sikit.”
Aku menghulurkan kunci kereta padanya. Begitu juga dengan barang-barang lain. Namun kunci kereta dan wallet saja yang dicapai Azim.
“Pegang dulu, nanti saya ambil.”
“Takpe ke?”
“Awak ni, macam lah awak boleh lari. Saya drive tau.”
Aku ketawa. Senang aku dengan perangai gila-gila Azim. AKu semakin akrab dengannya. Mungkin kerana sikapnya yang humble. Sebaik sampai di Sabasun. Keadaan benar-benar menyesakkan. Azim membantuku membawa keperluan yang aku belikan. Sebaik sampai di kaunter.
“Saya bayarkan.”
“Mana boleh?! Ni barang rumah saya. Kenapa pula awk nak bayar?”
“Takpelah Ika, sesekali.”
“Takyahlah. Saya bayar ya. Tadi awak dah bayar masa berbuka.”
Azim akhirnya mengalah. Alhamdullillah. Tak perlulah aku terhutang budi dengannya lagi. Azim meminta izin untuk menghantarku sampai ke rumah. Sesampainya di rumah, sekali lagi Azim meluangkan masa menjenguk mama dan abah. Zayed sudah lama terlelap di bilik.
“Terima kasih”
“Lainkali kita keluar lagi ya. Kereta awak siap nanti saya telefon awak. Ok!”
Aku mengangguk. Azim terus menghilang di sebalik kepekatan malam. Aku terus masuk ke bilik membersihkan diri, bersolat kemudian terlelap di sisi Zayed. Sedang asyik dibuai mimpi. Satu bunyi aneh kudengar dari handbag ku. Aku mencapainya malas. Ya allah! Handphone Azim, kenapalah aku boleh terlupa. Aku mengangkat panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, dah sahur ke?”
“Waalaikumsalam, awak tertinggal handphone dengan saya. Kenapa tak patah ambil semula?”
“Saya terlupa. Maaflah.”
“Esok saya hantarkan. Nanti susah kalau orang balai polis call.”
“Esok kita berbuka puasa lagi ya, kita pergi tarawih dekat Masjid Terapung. Ok tak?!”
“Saya….Saya nak berbuka kat rumah. Maaflah. Tapi handphone awak ni.”
“Takpelah, bukan penting sangat pun. Ika pergilah sahur. Nanti tak sempat. Lainkalilah bagi handphone tu. Senang saya nak call awak. Nak harapkan nombor handphone awak, bertahun saya tak dapat-dapat.”
“Iyalah tu, saya penatlah. Lainkali kita borak lagi. Maaflah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Pelik aku dengan perangai mamat nan sorang ni. Ntahlah. Aku keluar ke dapur, mama telah terkejut melihat kelibatku.
“Kejutkan abah, Ngah. Ajak sahur, adik-adik tu sekali ya.”
“Ok! Mama.”
Selepas bersahur, dan solat Subuh aku kembali menyambung tidur. Hinggalah Zayed merengek-rengek di sisiku. Mengejutkan aku. Zayed kelaparan, bingkas aku ke dapur membancuh susu untuknya.
“Ngah, hari ni camner? Ada pepe plan tak? Kalau takde Lan nak ajak Angah gi umah Pak Uteh.”
“Hmm…Ok gak. Lagipun sejak balik ni, Angah tak jenguk lagi Pak Uteh tu.”
“Ajak Zayed sekali, Ngah. Mak Uteh dah pesan semalam, kalau kamu datang bawak Zayed. Mereka nak sangat jumpa Zayed tu.”
Mama menyampuk. Seharian aku di rumah Pak Uteh. Zayed pula gembira bukan kepalang bila ramai kanak-kanak berkawan dengannya. Malah merayu-rayu minta aku biarkan dia tidur di rumah Pak Uteh. Sebaik tiba di rumah. Handphone Azim berbunyi nyaring dari bilikku.
“Dari tadi lagi handphone tu berbunyi, entah apalah penting sangat tu. Man nak angkat, tapi bilik Angah terkunci.”
Aku tersengih, kunci ku keluarkan dari poket. Entah kenapalah aku boleh terkunci pintu bilikku.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumsalam, kenapa tak angkat call? Pergi mana? Tak bagitahu pun.”
Lain benar suara Azim. Pelik aku. Nadanya seolah-olah merajuk. Aku terdiam, benci aku layan lelaki kuat merajuk ni.
“Ika….”
“Hmm…Saya nak mandi ni. Nak tolong mama masak. Esok saya pulangkan handphone awak. Assalamualaikum.”
Tanpa sempat mendengar respon darinya, aku meletak gagang. Padan muka. Tak kuasa aku nak pujuk-pujuk.
==========================================================================
Giler ke aku ni?! Takkan aku nak salin baju lain. Lantaklah apa Azlan ngan Azman nak kutuk aku. Buat derk je. Tapi… Kalau mama ngan abah perasan gak. Camner?! Tulah, sapa suruh pergi beli baju raya sama-sama ngan mamat tu. Bodoh?! Berkali-kali aku mengutuk diri sendiri. Lantaklah, kakiku melangkah ke ruang tamu. Memaniskan muka.
“Maaflah. Ada sms tadi. Dari kawan-kawan.”
“Duduklah dulu, makanlah apa-apa yang patut.”
“Angah, suruh Azim makan nasi minyak ni. Hari ni Azim duduk sinilah, lagipun kesian mama tengok. Beraya kat negeri orang.”
“Dah biasa mak cik. Bestnya lauk-lauk ni, makcik masak ke?”
“Hmm…Makcik buat Nasi Minyak je, yang ni Angah yang masak. Resepi baru. Spagetti.”
“Saya makan makcik, lagipun tak makan pepe lagi dari tadi.”
“Makan…Makan…. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri ya.”
“Hmm…”
Sporting giler mama dengan Azim. Agak-agak akulah Azim dah guna-gunakan mama dan abah agaknya. Petang itu Azim dan adik-adikku berpakat untuk membakar lemang. Mama bukan main lagi gembira. Zayed seolah-olah tidak mengenaliku. Gembira Zayed dengan kehadiran Syawal. Dengan rakan-rakan yang ramai. Dan kehadiran Azim yang melayani karenah nakalnya. Sesekali Zayed datang kepadaku bila perutnya mulai lapar. Zayed…Zayed…
“Angah!!! Oooo Angah!!!”
Panggilan mama mengejutkan aku.
“Yup! Ape dia mama?”
“Apesal duduk kat atas lagi, pergilah tolong budak-budak tu bakar lemang. Hah! Ni bawak turun ke bawah. Mesti budak-budak tu lapar. Zayed pun ada kat sana.”
“Hmm…”
Dulang minuman kuambil dari tangan mama. Mama…Mama…. Tak pernah-pernah rumah aku bakar lemang, tup…tup…malam ni gian bebudak ni nak bakar lemang. Mimpi agaknya.
“Angah… Giliran Angah plak jaga, Lan nak naik solat Isya’.”
Pengepit bertukar tangan. Aku menghampiri Azim yang dari tadi berpeluh-peluh cuba mengawal api. Kemudian segelas sirap air kuhulurkan padanya.
“Penat ke? Ni airnya. Kena raging ke? Hehehe… Tulah sapa suruh keluarkan idea nak bakar lemang. Ni first time rumah saya bakar lemang. Seksa betul nak masak lemang ni ya.”
“Takpe, saya dah biasa. Rasa tak lengkap Syawal kalau tak bakar lemang.”
Air sirap disambut Azim. Zayed kulihat bukan main lagi gembira di laman rumah, berlari-lari melihat pelita yang terpasang. Seronok aku bila Zayed gembira seperti itu, walaupun lariannya pincang tiada siapa yang boleh menghalangnya dari terus gembira.
“Zayed!! Mari sini, sayang… Minum air ni.”
“Hmmm…”
Zayed hanya menjawab panggilanku selamba. Gembira benar anakku itu? Seketika kemudian Zayed mendapatkanku.
“Seronok benar ya. Tak makan, tak minum. Perut Zayed tak lapar ke?”
Aku memeluk Zayed erat, kucium pipinya. Zayed menghabiskan segelas air sirap, kemudian meronta-ronta untuk kembali bermain. Erat aku memeluknya, menyekat keinginannya untuk kembali bermain.
“Ibu tak nak kasi… Hahaha! Biar Zayed dengan ibu aje.”
Rontaan Zayed semakin kuat. Aku hanya ketawa mengusik. Biar Zayed duduk menemani ku. Erangan Zayed membuatkan aku semakin kuat menyakat. Zayed menolakku hingga aku jatuh terduduk. Zayed melepaskan diri, aku pura-pura menekup muka. Membuat esakan kecil, mengusik anak kesayanganku.
“Haa…Ibu Zayed nangis. Nanti Pak cik bagitahu nenek. Kesian ibu Zayed sakit.”
Azim turut menyakat. Terasa tapak tangan Zayed menggosok bahuku perlahan.
“Haaa!!! Anak ibu kena tipu!”
“Ibuuuu….”
Zayed ketawa lagi. Azim turut ketawa bila aku bertubi-tubi mencium Zayed. Seronok aku melayani karenah Zayed. Dialah racun dan dialah jua penawar hidupku. Ibu sayang Zayed. Selepas letih melayani karenah Zayed, aku hanya membiarkannya bermain-main. Penat aku melayani Zayed.
“Seronok tengok awak usik Zayed.”
“Hehehe…. Biasa je. Saya suka usik Zayed macam tu. Syok tahu.”
“Iyalah tu, merah muka Zayed bila awak pura-pura nangis tadi.”
“Padan muka! Nakal sangat.”
Selepas siap lemang dibakar, aku membantu Azim membawa lemang-lemang ke atas rumah. Rumah sudah sunyi sepi, semua orang sudah terlelap menunggu lemang. Perlahan-lahan aku menyusun lemang di dapur.
“Nak mandi ke? Kejap ya.”
Kesian aku tengok Azim yang berpeluh-peluh. Azim menanggalkan baju melayunya, menyerahkannya padaku. Dengan bersinglet tanpa lengang dan berkain pelekat. Azim mengambil angin di luar rumah. Aku masuk mencari tuala dan sehelai t-shirt milik Azlan untuk diserahkan pada Azim.
“Pergilah mandi.”
Sementara menanti Azim mandi, aku memakaikan pampers untuk Zayed yang tertidur keletihan. Kemudian aku cuba mengangkat Zayed ke bilik. Berat. Sejak akhir-akhir ini, berat badan Zayed semakin bertambah. Maklumlah, senang hati.
“Allahuakbar! Beratnya anak ibu.”
“Ika…”
Suara Azim membuatkan aku terhenti seketika. Azim mengambil tugasku mengangkat Zayed. Aku tersenyum.
“Kat mana nak letak ni?”
Azim masuk ke bilikku, menghantar Zayed. Lantaklah, bukan ada apa-apa pun. Zayed diletakkan perlahan di atas katilku. Lena benar Zayed tidur. lansung tak terusik.
“Dah nak tidur ke?”
Soalan apa Azim ni, memanglah nak tidur. Maksiat memalam buta duduk berdua ginilah. Tak padan polis.
“Iyalah, dah pukul 2. Takkan nak berjaga lagi kot. Syy… Nanti Zayed bangun. Awak keluar dulu, nanti saya keluarkan bantal dengan tilam.”
“Nak keluarkan tilam mana?”
Azim cuba membantuku mengambil tilam dari atas almari bajuku. Kemudian Azim keluar. Aku memberikan Azim 2 biji bantal beserta kain selimut. Azim tersenyum.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, nanti mimpikan saya ya.”
Azim ni dah buang tabiat agaknya. Aku masuk ke bilik, menyalin baju dan mandi. Seterusnya aku berbaring di sebelah Zayed. Seperti biasa, aku tertidur dengan mendakap Zayed.
“Ibu…Ibu…”
Aku terpisat-pisat bangun bila terdengar rengekan Zayed, hp kucapai. Baru jam 5 pagi. Kenapa dengan Zayed ni.
“Buu…La…Parrr….”
Kesian anakku, terjaga di tengah-tengah malam sebab lapar. Aku bangun menuju ke dapur. Sambil mendukung Zayed. Sementara menanti aku memasak bubur nasi, Zayed memakan lemang yang dimasak semalam. Bila teringatkan lemang, bergegas aku masuk ke bilik mencapai tudung. Nasib Azim lena di tilamnya. Alhamdullillah. Zayed sendawa, sebaik menghabiskan satu mangkuk bubur nasi. Azan subuh mulai bergema. Aku terus mengambil wuduk. Zayed kembali terlelap setelah menghabiskan semangkuk bubur dan segelas susu. Aku terus mengerjakan solat Subuh, kemudian mengejutkan mama dan abah. Abah mengejutkan Azim yang masih lena di ruang tamu. Kemudian aku menyambung tidur.
“Ngah…Bangunlah, dah siang ni. Dah pukul 11 pun. Anak dara apa tidur sampai siang ni.”
Azlan mengejutkan aku. Malas aku bangun menuju ke bilik air, selepas bersiap-siap aku ke dapur. Bersarapan.
“Kenapa baik sangat ni? Takkan dalam rumah pun bertudung.”
Sindir Azlan. Bukankah Azim ada dalam rumahku.
“Dia dah balik pagi-pagi tadi lagi. Dia kerja hari ni.”
“Ooo…”
Aku menanggalkan tudung kepala, bukan baik sangat pun aku ni. Alim-alim kucing je.
========================================================================
“Betul
Angah! Baliklah, hujung minggu ni keluarga dia datang meminang.”
“Tak
maulah, mama.”
“Bertuah
punya budak. Kamu tu dah tua. Bukannya muda lagi. Lagipun Azim tu baik. Bertuah
kalau kamu kahwin dengan dia.”
“Kalau
Angah tahu dia ada niat macam tu, takdelah Angah buat baik ngan dia.”
“Kamu
ni! Ada ke situ pulak. Dah lama dia berkenan kat kamu.”
“Buta
ke? Mama betul ke dia tu. Angah rasa dia silap tengok. Takkan lah katak hodoh
cam Angah ni dia nak buat bini. Tak maulah mama. Mama nak sangat, mama jelah
kahwin ngan dia.”
“Kamu
baliklah dulu. Bawa Zayed sekali, mama pun dah rindu kat dia.”
“Malaslah,
ma. Lagipun kalau Angah kahwin, sapa nak jaga Zayed?”
“Azim
tak kisah, nak.”
“Mana
mama tahu, lelaki ni bukan boleh percaya mama. Masa ni dia mmglah tak kisah.
Nanti kalau kahwin macam-macam perangainya.”
“Kamu
bertunang dulu, kenal dulu hati budi. Kamu tu bukannya pandai nak bercinta pun.
Umur dah setengah abad, tapi fikiran macam budak. Balik ajelah. Kalau bertunang
tak ok, mama tak kisah kalau kamu tak nak kahwin ngan dia.”
“Betul
ke? Mama janji tau.”
“Iya.
Balik dulu.”
Aku
ketawa, susah untukku percayai lelaki lagi. Banyak perkara yang menyakitkan aku
bila teringat tentang lelaki. 1001 macam perangainya. Maklumlah lelaki ada 9
akal, jadi macam-macam cara diorang gunakan akal tu. Sampai tak sedar cara
diorang guna akal tu menyakitkan orang lain. Cukup hujung minggu, aku mulai
bertolak balik ke kampong. Cukuplah balik kampung dengan bas. Letih untuk aku
memandu sendirian. Zayed lah insan gembira bila berada dalam bas. Maklumlah
pengalaman pertama. tiga helai baju sejuk kubekalkan untuknya. Sebaik pukul 6
pagi, aku sampai ke negeri kelahiranku. Aku memaklumkan pada mama tentang
ketibaanku. Zayed masih tertidur dalam pelukanku, tak tergamak aku
mengejutkannya, memandangkan kesejukan yang dialami sepanjang berada dalam bas.
Dengan susah payah, aku menarik beg pakaianku.
“Ika…”
Aku
berpaling. Azim tersengih dengan jaketnya. Mamat ni datang dari mana? Mana tahu
aku balik? Ni mesti mama yang bagitahu, pandailah mama ni. Ingat aku boleh cair
ke dengan mamat polis ni. Tapi ok gak dia muncul pepagi ni, Zayed ni pun berat
bukan main lagi. Nasiblah Azim, Azim mengambil Zayed dari dukunganku. Pandai ke
dia nak dukung Zayed? Dulu tak nak, takut berkasarlah. Apalah. Maklumlah
lelaki.
“Saya
nak solat kejap ya.”
“Saya
bawa Zayed ke kereta. Saya tunggu Ika kat sana.”
“Ok!”
Aku
hanya menurut, macam tak percaya plak yang Azim nakkan dengan aku yang takde
apa-apa ni. Rasanya aku ni dahlah kecoh tak tentu pasal. Aku tersengih, Azim
tak kenal lagi sapa aku. Kalau dia kenal. Mahunya lepas ni menghilang tanpa
berita. Aku dah bahagia dengan kehadiran Zayed, cukuplah hanya Zayed dalam
hidup aku. Lantak kaulah Azim, nanti jangan menyesal dahlah. Selesai solat, aku
mencari-cari kereta Azim. Sunyi. Mana Azim bawa Zayed ni? Aku mendail nombor hp
Azim.
“Ika!!
Sini.”
Azim
melambai sebelum sempat aku mendial no hp nya.
“Zayed
masih di ribaan Azim, menghirup teh ais. Aku tersenyum. Azim menyuapkan nasi
lemak untuk Zayed.”
Bimbang
aku takut-takut, Azim menyuapkan tumis pedas nasi lemak pada Zayed. Perut Zayed
sensitif dengan makanan pedas. Lebih-lebih pada waktu pagi macam ni.
“Lapar
sangat Zayed ya. Tak sempat-sempat paksa Pakcik belanja ya.”
“Sye…dap…”
“Ooo…Sedaplah,
duduk atas Pakcik, lepas tu minta Pakcik suapkan.”
“Budak-budak…
Tadi dia sejuk nak duduk atas kerusi sendiri.”
“Pandai
anak ibu. Awak tak makan ke?”
“Hehehe….
Sambil suap, saya makan tumis, saya suapkan nasi dengan telur untuk Zayed ni.
Yang baki-baki tu saya habiskan. Order lah. Saya belanja.”
“Betul
ke? Saya makan banyak tau.”
Azim
hanya tersengih, aku order nasi dagang dan segelas air suam. Lantaklah.
Sesekali Zayed menyuakan mulutnya padaku. Minta disuapkan.
“Sedap
ke nasi dagang tu?”
“Hmm…
Nak rasa ke?”
Tanpa
segan aku menyuakan sudu berisi nasi dan lauk ke mulut Azim. Azim hanya akur
mengangakan mulutnya. Dalam hati Tuhan aje tahu, bodoh nya aku. Tunjuk-tunjuk
romantik. Giler betul.
“Nasi
dagang ni sedap bila Ika suap aje.”
Aku
mencebik. Selesai makan. Azim menghantarku ke rumah.
“Esok
saya nak ajak awak keluar, cari barang-barang. Boleh ke? Saya tak bertugas
esok.”
“Insyaallah,
nanti saya mesej. Bawa Zayed sekali ya.”
“Ok!
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam…
Terima kasih ya.”
Kepulanganku
di sambut mama di muka pintu. Sukalah mama tu, bila tengok Azim. Bukan aku tak
tahu, mama ni terlebih ‘excited’ dari aku sebenarnya. Aku ketawa besar bila
tengok rumah yang siap di hias dengan mini pelamin.
“Takkanlah
macam ni kot. Angah malas nak duduk tengah-tengah macam ni. Tak malu ke?”
Mama
dan abah bukan main lagi meyakinkan aku. Esoknya Azim datang menjemputku. Mama
berkeras untuk menjaga Zayed. Seperti yang aku jangka. Azim mengajakku memilih
cincin.
“Saya
nak letak bunga mawar segar. Tak nak bunga plastik punya. Boleh ke? Cincin ikut
awak nak pilihlah mana-mana pun. Saya takde mood lah. Awak ni dah silap orang.
Saya rasa awak silap tengok orang. Pilihlah orang lain. Saya anggap awak macam
kawan-kawan aje. Kita takyah lah serius sampai nak kahwin.”
“Ika…
Saya nak Ika pilih sendiri.”
Tak
dengar ke apa aku cakap tadi. Buat derk aje. Takde respon pun.
“Awak
ni, bukan ke awak yang nak bertunang? Awak pilihlah. Saya ikut je.”
“Ika…”
Aku
menjeling, bencinya. Dagu kulabuhkan di atas tangan di atas meja. Biarlah. Azim
memlilih beberapa cincin. Dan aku hanya membiarkan tukang kedai mencubanya ke
tanganku. Betul ke aku ni? Masuk ni dah 8 kali, jenis cincin ditunjukkan
padaku. AKu hanya mengikut. Azim memilih cincin seorang diri. Lantaklah.
Akhirnya, Azim memutuskan untuk membeli seutas gelas tangan dan sebentuk
cincin.
“Buat
apa banyak-banyak?! Belum tentu lagi saya kahwin dengan awak, tak menyesal ke?”
“Lagi
3 hari kita nak bertunang. Saya tak nak dengar apa-apa alasan dari awak, hal
kahwin tu. Kalau ada jodoh kita kahwin, Ika. Semua tu ketentuan Allah swt.”
“Hmm…
Jom kita ke sana, saya nak cari jam tangan untuk Zayed.”
“Ok.
Saya ikut aje.”
“Awak
ni tak malu ke? Jalan dengan saya macam ni? Awak ni ada masalah mental kan?!”
Azim
terdiam, langkahnya perlahan. Berkasar kah aku dengan Azim? Gugup aku. Itulah
mulut cabul sangat. Lantaklah. Aku terus melintas jalan. Masuk ke kedai jam.
Biarlah Azim tu. Aku berkenan dengan seutas jam kartun ‘Ultraman’. Mesti Zayed
suka.
“Saya
bayarkan.”
Aku
bertegas. Baru dia tahu perangaiku. Aku mencari beberapa barang keperluan.
Tegas aku untuk membawanya sendiri tanpa pertolongan Azim. Sebelum balik, Azim
membawaku ke pantai.
“Buat
apa datang sini? Saya tak sukalah macam ni?”
“Kita
bukan buat apa-apa Ika, kita bincang hal ni. Hal kita. Saya tak nak bertunang
tanpa persetujuan awak. Tiada guna kalau saya saja yang beria-ia. Saya sedar
siapa saya Ika?”
Aku
mengeluh. Nak berdrama lah, aku tak layak untuk kau! Kau faham tak?! Biarlah
aku luahkan apa yang aku rasa.
“Jangan
silap buat keputusan, saya bukan untuk awak. Awak tahu kan?! Saya sayangkan
Zayed, lagipun dengan kekurangan diri saya, Saya sedar, Azim. Awak berhak
mendapat yang terbaik. Saya bukan di kalangan tu. Maafkan saya, Azim.”
“Hmm…”
“Saya
bukan main-main, Azim. Dan saya nak awak tahu. Hati saya sakit tiapkali saya
ditinggalkan, walaupun insan yang tinggalkan tak bagitahu sebabnya, tapi saya
sedar. Saya tak layak mendampingi sesiapa. Termasuk awak. Saya tak nak lagi
merasai semua tu.”
“Ika…”
Aku
mengadap ke pantai. Perlukah aku terlalu berterus terang. Tanpa memandang Azim.
“Dulu
kerana rupa, kawan-kawan sekolah sering mengejek saya. Puteri Katak! Tapi
itulah hakikat yang saya kena terima, saya tiada rupa malah saya pun
ketinggalan dalam pelajaran. Saya budak lembab. Tak malukah awak simpan
perasaan pada Katak buruk macam saya ni? Saya perempuan, saya pernah ada impian
untuk memiliki seseorang seperti awak satu tika dulu. Tapi saya kecewa, semua
impian hanya tinggal impian. Awak tahu, Azim?! Adik yang saya sayang pun
bencikan saya, tapi awak ingin dekati saya. Jangan buat saya bermimpi lagi
Azim. Cukuplah dengan apa yang saya rasakan selama ni.”
“Ika…
Awak dah jauh berubah. Semua tu dah awak tinggalkan jauh.”
“Jangan
buat saya bermimpi lagi, Azim.”
“Pertama
kali saya tengok awak, hati saya terbuka untuk awak. Bagi saya peluang,
insyaallah. Saya akan bawa awak realisasikan impian awak.”
“Dahlah
Azim. Saya malas nak dengar jiwang awak tu. Awak tahu tak, Azim? Awak akan
dapat mimpi paling ngeri bila ajak saya bertunang. Awak memalukan diri awak
sendiri.”
“Ika…”
“Azim…
Saya nak tanya awak, apa awak tengok sampai mata awak buta macam tu?
“Banyak…
Lebih-lebih lagi bila awak dengan Zayed. Saya suka tengok awak dengan Zayed.
Saya rasa bahagia, kalau saya boleh tumpang kebahagiaan antara awak dengan
Zayed.”
Aku
tergelak kecil. Azim… Azim…
“Takde
gunanya Azim. Saya ni…”
“Cukuplah
Ika, saya tak nak dengar kisah lama awak. Balik nanti awak cermin kan diri
awak. Apa yang awak nampak dalam diri awak hari ni. Adakah masih macam dulu?
Cubalah Ika, ubah minda awak tu. Setiap manusia ada kelebihan dan keburukan.
Seburuk mana pun awak, kalau Allah swt takdirkan awak adalah jodoh saya. Awak
adalah terbaik di pandangan mata saya. Walaupun yang hadir di depan awak,
adalah seorang wanita solehah. Walaupun yang ada di sisi awak Maya Karin
ataupun Siti Nurhaliza. Tapi kerana takdir Allah swt memberi petunjuk pada saya
bahawa, saya perlu memiliki awak.”
“Huh?!
Saya nak balik! Saya tak nak dengar lagi semua ni.”
Aku
bangun, meninggalkan Azim sendirian. Hatiku terusik dengan kata-kata Azim.
Biarlah aku lari dari semua ini sebelum aku serahkan hatiku padanya.
“Ika!
Dengar sini! Saya tetap dengan keputusan saya. Kita tetap akan bertunang.”
Azim
menghalang langkahku. Tajam Azim memandangku. Biarlah. Azim menarik tanganku.
Kasar.
“Apa
awak ni?! Awak ingat, saya boleh terima awak dengan semudah tu? Saya…”
“Jangan
buang gelang ni, kalau awak buang gelang ni. Awak akan kehilangan saya, saya
akan tinggalkan dunia ni. Kalau semua tu terjadi, ianya adalah berpunca dari
sikap keras hati awak. Keras hati awak untuk membuang saya akan buatkan saya
mati!”
“Saya
benci awak!!”
Azim
memakaikan gelang yang dibelinya tadi. Aku menengking Azim. Benci! Aku benci
dengan impian-impian palsu lelaki.
“Listen!
Saya takkan berganjak dengan keputusan saya.”
“Dengar
sini, Azim!!! Sekali saya benci seseorang, saya akan belajar membencinya sampai
ke akhir. Saya benci awak…. Saya benci orang yang ambil kesempatan atas
persahabatan yang saya jalinkan. Selamanya saya benci awak. Saya benci dengan
mana-mana lelaki. Saya benci dengan semua ni.”
Aku
tak perlukan Azim, aku tak perlukan sesiapa untuk bahagia. Aku boleh bahagia
dengan Zayed. Hanya Zayed seorang. Aku tak perlukan lelaki. Lelaki hanya
melukakan.
“Ika…Kenapa
awak tak boleh terima saya? Bukan ke sebelum ni kita pernah berkawan?”
“Saya
tak suka macam ni, kalau betul awak mahu saya kahwin dengan awak. Saya tak
perlu berkawan atau keluar dengan awak macam ni. Awak mencemarkan persahabatan
yang kita jalinkan selama ni.”
Aku
berdetik di dalam hati. Kalau boleh mahu saja aku melanggar Azim, biar mati.
Biar tiada lagi dia di muka bumi ini. Menganggu ketenteramanku. Kau hanya
mensia-siakan hidup kau Azim. Hati aku telah lama kututup untuk orang
sepertimu. Ruang itu telah lama kuhapuskan.
“Lembutkan
hati awak, Ika.”
Untuk
apa?! Untuk dimainkan lagi? Untuk disakiti oleh orang sepertimu. Yang mana akan
meninggalkan aku ditika aku memerlukan. Kak Nur pun boleh melukai aku. Mana
mungkin orang yang baru aku kenal seperti Azim akan membahagiakan aku. Tanpa
Azim sedar, aku cuba menanggalkan gelang pemberian Azim.
“Saya
tahu…. Awak pernah terluka.”
“Tolonglah
Azim… Saya merayu dari awak, jangan ganggu hidup saya. Saya tak perlukan
sesiapa.”
“Mungkin
awak tak perlukan sesiapa, tapi Zayed? Dia perlukan seorang lelaki untuk
membesar. Dan saya ingin merebut peluang itu. Jadi ayah terbaik buat Zayed.”
Aku
mencebik, satu persatu perkara yang pernah menyakitkan hatiku satu tika dulu
bermain di mindaku. Masing-masing terdiam. Hp ku berbunyi.
“Angah!
Zayed terjatuh. Balik cepat, nak!”
“Ya
allah!”
Aku
terkejut. Azim memandangku.
“Zayed
jatuh, kita balik.”
Aku
semakin susah hati. Mama. Takkanlah baru sekejap aku tinggalkan Zayed, Zayed
sudah terjatuh. Sebaik sampai di rumah, mama masih meriba Zayed, kepalanya
berlumuran darah. Menangis aku. Lebih menyakitkan bila airmata yang kutahan
dengan sikap Azim tadi turut berhamburan keluar.
“Ibu…”
Aku
mendukung Zayed dari ribaan mama. Pantas aku memaksa Azim menghantarku ke
hospital. Lencun bajuku terkena darah.
“Syy….Sabar
sayang. Ibu ada ni.”
Mama
terdiam di tempat duduk belakang. Aku memujuk Zayed yang menangis. Darah yang
mengalir pekat kusapu dengan tudungku. Biarlah. Azim cuba membantu, namun aku
menolak kasar. Zayed segera di masukkan ke wad kecemasan. Hiba hatiku bila
mendengarkan raungan Zayed. Zayed masih di dalam wad. Zayed kehilangan banyak
darah. Aku cuba mendermakan darahku, namun hampa. Nasib ada Azim, Azim mendermakan
darahnya. Syukur aku bila doktor memberitahu keadaan Zayed semakin stabil. Di
depan mama. Aku menghulurkan kembali gelang yang disarungkan oleh Azim sebentar
tadi.
“Maafkan
saya, Azim. Berilah semua ni pada insan yang lebih layak.”
“Maafkan
Angah, mama.”
Selepas
itu, tangan mama kuraih dan kukucup. Aku tahu, mama terluka dengan kata-kataku
tadi. Azim terus menghilang. Semalaman aku bermalam di hospital menemani Zayed.
Sehari sebelum majlis pertunangan, Zayed kembali aktif. Alhamdullillah, aku selamat
ditunangkan dengan Azim. Namun Azim menghilang.
“Tiada
insan lain yang lebih layak, Ika. Belajarlah menerima Alang, dia kirim ni untuk
Ika. Dia tak dapat datang. Ika bacalah ya.”
“Terima
kasih, Kak Long.”
Huluran
catatan biru milik Azim ku ambil dari Kak Long Azim kuambli. Alhamdullillah,
majlis pertunanganku berlansung dengan meriahnya. Sayang, Azim tiada di sini.
Malam itu, semasa menidurkan Zayed. Lembaran catatan Azim kubaca. Kosong. Cuma
beberapa helai sahaja catatan itu di tulis.
18
August 2003
Pelik?!
Marah Zamri bila aku dengan muka selamba badak mengetuk tingkap Kembara biru
milik seorang gadis. Nampaknya dia takut-takut, merah mata dan senget tudungnya
kerana terkejutkan aku. Pelik kan? Ada sesuatu yang menarik perhatianku.
Pertama kali aku berselisih dengannya di surau tadi. Hati aku tergerak untuk
menegurnya, lebih lagi bila senyuman manis yang dihadiahkan padaku...
Ingat
Azim ni jahat ke? Keluarlah dari keretamu, senang aku tengok kau dengan
busanamu. Pandai kau berpakaian, dari riakmu aku tahu. Kau gadis cekal. Kau
manis menggayakan busana hijaumu. Jatuh cinta kah aku. Sekelip mata kau mulai
mesra, dengan aku dan Zamri. Tegas kau menolak pelawaanku untuk menemanimu
memandu. Biarlah aku menjadi pemandu mu untuk selamanya. Senang aku dengan
biacaramu, walaupun kau mengenakan aku yang kau sudah ada anak.
19
August 2003
Ini
kisah semalam, aku sambung di sini. Seronok kau bersembang, sesekali kau minta
aku perlahankan kereta. Bimbang bila kelibat Zamri tidak kelihatan. Sesampai di
Terengganu, kau semakin buatkan aku yakin untuk mendampingimu. Zayed… Istimewa
anak itu dihatimu. Hinggakan aku lihat ada air jernih mengalir di pipimu kerana
anak kecil itu. Kesian dia? Ingin aku kenalinya dengan lebih dekat. Walaupun
Zayed itu bukan anakmu sekalipun, aku menerimanya kerana aku ingin memiliki
kasih sayang yang kau curahkan pada Zayed. Bergelak ketawa, usik mengusik dan
bermacam-macam lagi. Riang Zayed di sampingmu. Anak itu malang, kakinya
tempang, malah akalnya terencat. Namun dia istimewa. Sinar matanya ada kasih
sayang yang menggunung. Di matanya ada cinta buat mu Ika. Tak sanggup aku
tinggalkan kau dan Zayed. Nombor hp ku kau ambil dan janjimu akan menelefonku…
Aku tunggu Ika.
20
August 2003
Hampa!
Hp ku lansung tidak berbunyi. Ke manakah engkau menghilang Ika. Sampai hatimu,
tak layakkah aku untukmu? Pincangkah pertemuan kita semalam,hingga kau lupa
untuk menghubungiku. Apa salahku?
30
August 2003
Rindunya
aku pada Ika dan Zayed. Aku kembali ke hospital tempat yang memisahkan kita.
Kata doktor, Zayed telah sihat dan telah dibawa olehmu ke Kuala Lumpur.
Terlambatkah aku?!
31
August 2003
Aku
terpenjara di hati sendiri, walaupun anak-anak buahku seronok menyambut
kemerdekaan. Aku masih di pejabat. Tension! Hancur hati aku. Ika dan Zayed
hanyalah jadi satu nama untukku, yang akan kuabadikan selama-lamanya. Hanya
Zamri yang tahu.
Ika
hanya tergelak. Takkan ada juga orang macam tu? Azim ni buat cerita aku dan dia
bertambah menarik. Apalah ada pada aku, Azim. Seorang katak yang hodoh. Aku
membelek lagi.
3
Oktober 2005
Alhamdullillah,
kita masih ada jodoh.… Ika muncul di Balai Polis. Di bilik Zamri, aku cuba
berlagak sebaik mungkin. Pura-pura tidak mengenali Ika. Aku tak mahu kehilangan
lagi. Walaupun hakikatnya aku ingin keluar dengannya. Berbual dan bergelak tawa
dengannya. Kata-kata Zamri mematikan langkahku.
“Ika
ni masih macam dulu. Tak berubah Azim. Takkan nak terlepas lagi kot.”
“Hah?!”
Ika
terpinga-pinga dan meminta diri untuk keluar. Hanya senyuman yang dilontarkan
Ika padaku sebelum dia keluar dari bilik Zamri.Alangkah indahnya andai ketika
itu aku boleh memelukmu dan menjagamu selamanya. Takkan kubiar kau lari lagi
Ika.
“Ika
nak keluar ke?”
Pucat
wajahmu memandang keadaan Balai Polis yang dipenuh mat-mat rempit. Aku hanya
membiarkan kau seketika.
“Boleh
ke saya keluar?!”
Soalan
yang membuatkan hatiku tergelak. Keluarlah, aku sekalipun takkan
menghalangmu.Mungkin ini akan mengeratkan kita Ika.
“Saya
pun nak ke sana. Jom.”
Maafkan
aku Ika, aku meninggalkan engkau terkulat-kulat sendirian. Tanpaku sedar kau
diusik oleh beberapa orang budak-budak gian. Aku kembali masuk menarik
tanganmu. Dan kita sama-sama keluar. Sejuk tanganmu Ika. Maafkan aku kerana
membiarkan kau. Habis berterabur barang-barangmu, inginku tergelak dengan
reaksimu. Namun aku kesian. Kesian bila ada air jernih yang bersinar di matamu.
Namun kau tahan ia dari gugur, kau gadis cekal. Mana mungkin dengan peristiwa
sekecil itu kau menangis. Akan ku lindungimu selepas ini Ika. Maafkan aku. Aku
cuba membantumu, bimbang hati ini melihat keadaanmu begitu. Lebih senang aku
menghantarmu ke rumah.
Kita
sama-sama berbuka puasa, bersolat dan aku menghantarmu pulang. Seronok Ika,
biarlah malam itu jadi saksi. Aku bersumpah untuk memilikimu Ika. Walau nyawa
ku melayang sekalipun.
“Azim
ni giler rupanya.”
Aku
tersengih, sebab tulah orang boleh jatuh cinta agaknya. Azim ni nampak aje
kaku, tapi romantik rupanya. Aku membelek lagi.
1
Syawal…
Terima
kasih sebab temankan aku membakar lemang. Hilang rinduku pada keluarga di
kampong. Inilah syawal paling bermakna buatku. Senang aku melihat kau mengusik
anak manjamu. Pandai kau melayani karenah nakal Zayed, walaupun kadang-kadang
Zayed berkasar denganmu. Bahagianya engkau dengan Zayed, dan aku pinta sedikit
ruang darimu untukku. Tatkala aku mendukung Zayed untuk ditidurkan ke bilik.
Berat hatiku meninggalkan bilikmu yang dingin. Bilalah aku boleh mengecapi
bahagia bersamamu. Memilikimu dan Zayed setulusnya.
Malam
itu rengekan Zayed turut mengejutkan aku, bila kau membuka pintu bilik. Aku
pura-pura tidur. Siapa kata engkau katak hodoh? Engkau sembunyikan mahkota
keindahan mu di sebalik tudungmu. Terkejut aku, Ika. Pertama kali melihat kau
begitu. Maafkan aku Ika. Terasa bersalah diri ini, bila kau berlari masuk ke
bilik memakaikan tudungmu. Pagi itu selepas solat Subuh, aku terpaksa balik
Ika. Aku bersalah padamu. Maafkan aku Ika.
“Azim!!!
Apa lah kau buat ni? Bodoh!!”
Buku
catatan Azim kulontar ke meja. Malas aku membacanya lagi, Zayed kudakap
erat-erat. Azim tu giler. Awal-awal pagi aku bangun, memaksa Azlan memotong
rambutku. Pelik mama. Biarlah, yang pasti aku tak suka dengan rambut yang buat
aku dosa sebab mendedahkannya pada Azim satu tika dulu.
12.
“Maafkan
saya, Azim.”
“Takpe,
semua ni bukan salah awak.”
“Semua
ni pasal gelang tu.”
“Ika…”
Tak
tergamak aku lihat Azim terlantar lesu di katil ini. Semua ini kerana gelang
yang mungkin telah disumpah Azim. Azim ditembak ketika bertugas. Malah yang
teruk, Azim hampir-hampir kehilangan nyawa. Baru 2 hari aku bergelas tunangan
Azim. Musibah ini pula yang menimpa Azim.
“Terima
kasih sebab sudi terima saya, gelang dan cincin ni milik awak. Walau saya mati
sekalipun. Ianya tetap milik awak.”
“Iyalah
tu, nak sangat mati. Baik tak payah kahwin, awak akan menganiaya isteri awak
tau.”
“Ika,
terima kasih sebab sudi datang tengok saya.”
“Namapun
bertunang. Takkan saya nak biar awak sakit sorang-sorang kat sini, lagipun mak
ngan abah awak takleh datang.”
“Iyalah,
saya tahu. Diorang ada call saya. Boleh bagi saya air?!”
“Hah?!”
Berat
sangat ke permintaan Azim tu? Aku tergamam, Azim minta air. Aku bangun
menuangkan air ke dalam termos. Katilnya kunaikkan sedikit. Kemudian air
kusuakan perlahan ke mulutnya. Segan aku, lagipun Azim tidak berbaju,
kecederaan di bahagian bahu kiri dan dan kanan pinggangnya membuatkan Azim
sukar menyarung pakaian.
“Dah?!”
“Hmm…”
Azim
memejamkan mata, kemudian terlelap. Mungkin disebabkan kesan ubat yang diambil
pagi tadi. Aku mencapai novel yang kubawa bersama. Bosannya. Sesekali aku
menguap, sebaik tengahari. Seorang pesaki dimasukkan di sebelah katil Azim. Aku
bermanis-manis menegur mereka. Seorang budak lelaki yang berusia dalam
linkungan 15 tahun yang terlantar di katil tidak sedarkan diri.
“Kenapa
makcik?!”
“Kemalangan.
Dilanggar kereta.”
“Astaghfirrullah.
Sabarlah makcik.”
Ada
airmata di tubir mata makcik tersebut. Mungkin sedih melihat anaknya yang masih
tidak sedarkan diri. Aku pun jadi sayu. Teringat tentang kejadian yang sama
yang pernah meragut nyawa adik-adikku, arwah Hisyam dan Aziah. Beberapa orang
saudara Makcik tersebut bersalam-salam den berbual-bual denganku untuk
seketika.
“Jaga
siapa?!”
“Hmm…
Suami.”
Mungkin
lebih elok kalau aku mengatakan Azim suamiku. Lagipun, nanti banyak pula soalan
dan persepsi buruk diorang nanti.
“Kenapa
dengan suami?!”
“Suami
saya polis, cedera masa bertugas. Baru 2 hari masuk sini.”
“Alhamdullillah,
untung adik. Ada suami. Macam akak ni, suami akak lari dengan perempuan lain
masa akak sakit.”
“Isy!
Kamu ni, Zainun. Nak buka pekung sendiri ke?”
Seorang
perempuan yang agak berusia mencebik ke arah perempuan yang berbual denganku
sebentar tadi. Aku lihat Azim membuka mata. Cepat-cepat aku meminta diri,
menghampiri Azim.
“Air…Air…”
Aku
menyuakan kembali air yang masih berbaki tadi. Azim membuka mata, muka Azim
berpeluh-peluh. Takkanlah dah pasang penghawa dingin pun masih boleh
berpeluh-peluh. Pelik aku ni.
“Awak
ok ke?!”
“Hmm…
Saya rasa lemah sangat. Tadi saya mimpi lagi.”
Aku
memandang Azim. Mimpi apa pulak ni?! Jangan buat lawaklah.
“Saya
mimpi kejadian hari tu lagi. Tak tahu kenapa?”
“Ooo…Ingatkan
mimpi apa.”
“Ika…”
Azim
mencapai tanganku, aku cuba menarik. Namun kejap Azim mengenggamnya. Nak marah
kan, mata makcik-makcik sebelah katil tu tengok aku macam pelik aje. Sejuk
semacam aje tangan mamat ni. Demam ke? Ragu-ragu aku merasa dahinya. Panas.
“Azim…
Saya panggil doctor ya.”
“Jangan
tinggalkan saya.”
Giler
ke apa ni? Macam mana ni? Loceng ‘nurse’ kan ada. Baik aku tekan. Beberapa
minit kemudian.
“Ya,
cik. Ada apa-apa boleh saya Bantu?”
“Hmm…
Dia demam. Boleh awak tolong periksa tak?”
“Baiklah
cik. Sebentar.”
“Maaf
cik, suhu badan Inspektor agak tinggi. Sekejap ya.”
Panik
juga aku, Azim semakin berpeluh-peluh. Aku basahkan kain tudung yang kubawa
sebagai persediaan untuk esok. Terpaksalah, lagipun tuala kecil pun takde. Banyak
kelengkapan Azim tak cukup. Akupun satu, tak check betul-betul. Aku basahkan
kepala Azim, kemudian ke mukanya. Seperti yang pernah mama buatsetiapkali kami
adik beradik demam. Sebentar kemudian, datang beberapa orang doctor dan
jururawat. Alamak! Parah ni?!
“Maaf
cik, pesakit ni kena demam panas. Kami terpaksa memberikan suntikan dan rawatan
lanjut. Ia mungkin membahayakan dirinya.”
“Hah?!”
Takkanlah
macam tu. Ya allah! Janganlah kau uji aku dengan perkara sebegini. Aku buntu Ya
allah! Macam mana aku nak buat ni? Tirai di tarik. Entah apa yang mereka buat,
akupun tak tahu. Selamatkanlah Azim. Janganlah jadi apa-apa kat dia.
“Sabar,dik.
Insyaallah, takde apa-apa nyer.”
“Kak…”
“Sabar…
Dah lama ke kahwin?!”
“Hah?!
2… Hmm 2 bulan.”
Gagap
aku menjawab, berdosa betul aku. Hari ni dah macam-macam dosa aku buat, sentuh
Azim yang bukan muhrim denganku dan menipu keluarga sebelah ni. Ya allah!
Janganlah kau ambil Azim dari aku.
“Cik…”
“Alhamdullillah,
kami dah suntik dia. Saya harap cik bersabar, kes-kes begini memang biasa
berlaku.”
“Ya…”
“Kalau
ada apa-apa lagi, tolong maklumkan pada kami.”
“Terima
kasih.”
Longlai
langkahku menghampiri katil Azim. Jangan takutkan saya lagi. Saya tak pernah
ada pengalaman jaga orang sakit. Serik saya.
“Ika…”
Cepat-cepat
aku alihkan tangan aku. Kan dia buat gatal lagi kan? Tak ke aku buat dosa free.
“Ika…
Mana awak?!”
“Ada
ni, awak nak apa-apa ke?”
Azim
kembali terlelap sebaik mendengar suaraku. Sabarlah. Semalaman aku menjaga
Azim. 1001 karenah yang perlu aku tunaikan. Ingatkan demam Azim cepat pulih,
rupanya 3 hari lepas tu baru Azim ok. Teruk juga aku ni. Pening semacam aje
kepala ni, maklumlah dah 4 hari aku berjaga. Alamak! Teruk jugak macam ni,
kalau balik rumah pun sekejap aje aku balik. Sebab tiada orang tengokkan Azim.
Bimbang juga aku. Azim dah mulai cergas.
“Akak
ok ke? Man tengok terhuyung-hayang je jalan. Akak ambik ‘pil khayal’ ke?”
Aku
menjeling. Binawe punya budak. Azman tersengih, tak padan dengan kaki tempang.
Sedar gak diri tu. Tak habis-habis nak menyakat aku.
“Janganlah
marah kak?! Man gurau aje. Alah cayang-cayang akak. Janganlah macam tu.”
“Uwekk…”
“Akak
janganlah marah, Man saja gurau-gurau. Nak ronda-ronda macam akak. Kaki Man
patah. Akak ajelah yang Man harapkan nak bermanja.”
Tahu
pun. Aku tersenyum, Azim masih dibuai mimpi. Sedap dia tidur, aku pulak kepala
macam nak pecah. Azman tersengih. Aku duduk di sebelah katil Azman.
“Akak
peninglah Man. Dah 4 malam tak tidur.”
“Iya
ke?! Dah ‘berisi’ kot. Man nak dapat anak buah kot.”
“Bambino
betul! Jaga sikit mulut tu.”
“Kak…
Nanti lepas keluar wad, rindulah Man nak sakat akak lagi.”
“Iyalah
tu, akak ni dah jadi mangsa buli Man.”
“Hehehe…
Akak ni bestlah.”
Budak-budak,
biasalah. Aku duduk di tepi Azim. Memerhatikan Azim yang masih lena. Kenapalah
kau bodoh sangat?! Kau tak sedar ke, apa kau buat ni? Azim… Azim… Dia ni taklah
hensem sangat, cukup-cukup makan aje. Dahlah tu, berkumis. Aku tak minat,
lelaki berkumis dan yang teruknya polis. Dulu aku anti ngan pasukan pakaian
seragam ni. Tapi badan Azim ni tegap, cam king kong aje. Hehehe…
“Alah
kak! Giler ke? Senyum sorang-sorang. Tak lari lah abang akak tu. Takyahlah
berangan sorang-sorang. Akak ni, Man tengok tak macam orang kahwin. Tapi macam
orang baru belajar nak bercinta. Nak pegang abang pun malu-malu. Macam man tak
tahu. Orang perhati akak dah lama lah.”
Aku
meluru ke arah Azman. Mulutnya ni tak reti diam agaknya, asyik mengutuk aku
aje.
“Ikut
suka akaklah, suami akak. Akak nak tenung ke, nak buat frame ke. Ikut akaklah,
Man ni dengki betul kat akak. Sesekali nak juga akak tengok rupa suami akak
dari macam-macam perspektif. Man ni saja nak sakitkan hati akak tau. Geram
betul akak. Semakin pening kepala akak ni. Layan perangai Man ni.”
“Alah…
Akak. Man pun sayang akak, tak nak renung Man macam akak buat kat abang ke?”
“Tu
suami akak, halal akak nak tenung nak timang pun. Ngan Man akak dapat dosa free
tau.”
Berdosa
aku, senang aje aku cakap macam tu. Kalau Azim dengar aku mengaku dia suami.
Malu aku. Alhamdullillah dia tak respons apa-apa lagi pada aku. Maknanya dia
tak tau lah.
“Ika…”
“Hah?!”
“Kak,
abang kesayangan akak panggil tu.”
“Iya
sayang… Coming…”
Azman
ketawa. Biar rasa. Nak sangat sakat aku. Azim tersenyum, dah baik ke mamat ni?!
Melebar aje senyum dia.
“Kenapa
dengan awak ni?! Ok ke tak?”
“Terima
kasih.”
“Apa
pulak ber’terima kasih’ ni? Angau ke?”
“Garangnyer
kak?! Selama ni abang sakit, siang malam akak menangis. Abang sihat, akak jadi
garang plak.”
“Azman!
Jangan buat cerita lah.”
Budak
ni memang nak kena. Azim tersengih. Azim ni perasanlah tu. Mana ada aku
menangis.
“Saya
nak mandi. Dah 3 hari tak mandi, asyik ‘nurse’ lap badan aje.”
“Kejap
saya panggil ‘nurse’.”
“Buat
apa panggil ‘nurse’ kak?! Angkat ajelah, suami akak. Tak jeles ke ‘nurse’
pegang suami kesayangan akak tu?!”
“Azman!”
Azim
ketawa, sukalah tu. Azman ni pun satu, kalu tak sebab dia sakit. Dah lama aku
tibai. Aku merengus keluar mencari ‘nurse’. Lantaklah. Azman ngan Azim nak kata
apa. Dua orang ‘nurse’ datang memapah Azim ke bilik air. Aku menunggu di luar.
“Akak,
entah apa lah ‘nurse’ buat kat suami akak. Tak takut ke? Suami akak kena
pegang-pegang dek orang lain. Cantik, muda dan cun pulak tu. Kalau Man, dah
lama Man ‘cair’”
“Kamu
ni selalu sangat sakat akak. Akak tak kisah lah, Man. Kalau dia berubah hati,
akak nak buat macam mana? Dah nasib akak macam tu.”
“Itulah
perempuan. Mencegah tak nak. Bila ‘terkena’ melenting. Madu itu pahitlah,
macam-macamlah nak salahkan lelaki. Man tak faham lah.”
Aku
tergelak. Azman ni memanglah. Banyak pula songelnya hari ni, macam ‘mak nenek’
bebelan dia.
“Pandai
sangat Man ni. Macam ada pengalaman aje.”
“Iyalah
kak, dah banyak ‘terkena’.”
“Maksud
Man?!”
Azman
mengeluh, memandangku. Takkan nak buat cerita sedih pulak.
“Dalam
tv selalu Man tengok. Hahahaha!”
“Azman!”
Terkena
lagi, Azman ni memanglah nak kena. Epal yang berada di piring, kusumbat ke
mulut Azman. Geram.
“Ika…”
“Dah
selesai ,Puan.”
“Terima
kasih.”
“Hah?!
Baru lega sikit, balutan aje takleh buka lagi.”
“Abang
dah ok ke bang?!”
“Alhamdullillah.
Dah sihat sikit, dik. Dua tiga hari lagi bolehlah keluar.”
“Takkanlah
nak keluar cepat sangat. Saya baru nak berbaik-baik dengan abang. Saya Azman.”
Azman
menghulurkan tangan pada Azim. Pandai Azman berbasi-basi dengan Azim.
Kadang-kadang aku berkenan dengan keperibadian Azman. Azim duduk di kerusi di
sisi katil Azman. Berbual-bual.
“Tak
nak rehat ke?”
“Takpelah,
dah lama rehat. Dah naik lenguh badan ni.”
Aku
terdiam, membiarkan gelagat Azim dengan Azman. Bolehlah aku balik ke rumah
malam ni. Bolehlah tidur dengan nyenyaknya. Aku memaklumkan pada keluargaku dan
keluarga Azim tentang keadaan Azim yang sudah kembali sembuh.
“Ibuuu….”
Rindunya
aku. Zayed datang bersama mama dan abah. Bertalu-talu aku mencium Zayed. Azim
menghampiri kami.
“Ibu
aje? Ayah?!”
“Salam
dengan ayah, sayang.”
“Apa
mama ni?!”
Aku
menyiku mama, Zayed mencium pipi Azim. Gembira betul Azim bila bersama Zayed.
Abah menegur Azman di katil sebelah. Zayed mengekor abah mendekati Azman. Bukan
main suka Zayed bila Azman mengusik dan berbual-bual dengannya. Zayed duduk di
ribaanku, gembira betul aku bila tengok Zayed gembira.
“Sayang
tidur dengan siapa semalam?”
“Atuk…”
“Dah
makan ke?”
“Hmm…
Balik, buuu…”
“Nanti
malam ibu balik, kita tidur sama-sama ya. Sayang anak ibu. Hmuaahh.”
“Malam
ni awak nak balik ke?”
“Hmmm…
Saya nak temankan Zayed.”
Apa
pulak ni?! Awak kan dah sihat. Saya penatlah, nak balik. Mama menjeling.
“Takpelah,
Ngah. Malam ni Zayed tidur dengan abah. Dia tak kisah. Zayed kan? Ayah sakit
lagi. Ibu kena jaga ayah, sayang.”
“Hmm…”
Zayed
seolah-olah mengerti. Aku penatlah, mama tak faham ke? 3 hari tak balik rumah.
Aku sendiri pun dah tak selesa, agak-agaknya kalau aku mati sebab jaga Azim
baru mama puas hati. Lebih teruk lagi, tiap-tiap hari makan nasi bungkus.
Bosanlah, mama ni. Aku ni anak mama. Abah hanya mendiamkan diri. Mama dan abah
balik bersama Zayed, rasa macam nak menangis aje. Sakit hati. Semua ni pasal
kaulah, Azim.
“Saya
nak keluar.”
Aku
keluar, malas untuk melayani Azim yang mengada-ngada dan Azman yang suka
mengusik. Sepetang aku keluar mengambil angin. Azim dah sihat, lantaklah. Aku
kembali ke hospital setelah puas berjalan-jalan. Sebaik masuk ke wad Azim.
“Ika?!
Lama tak jumpa. Patutlah kau suka sangat duduk wad. Ada ‘nurse’ jaga.”
Zamri
mengusikku. Aku tersengih aje, biarlah. Lagipun ramai pulak orang yang datang
melawat hari ni. Kawan-kawan Azim bukan main lagi menyakat aku. Lantaklah.
Malaslah aku nak layan. Sebaik kawan-kawannya pulang.
“Awak
pergi mana tadi? Risau saya.”
Ikut
akulah, kau susah apa pasal?! Azim masih menanti jawapan dariku. Kau ingat aku
suka ke nak jaga kau kat sini?!
“Awak
marahkan saya ke?”
Aku
menggeleng, mungkin lebih baik berdiam diri dari bercakap. Aku perang ‘dingin’
dengan Azim. Lansung aku menyepikan diri. Mungkin disebabkan terlalu letih, aku
tertidur di birai katil Azim. Dah penat sangat, lansung aku tak sedar apa-ape pn
“Saya
benci awak! Saya benci semua pasal awak!”
Entah
mengapa aku boleh menangis, bila dapat tahu Azim bertugas satu daerah denganku.
Setiap petang Azim menjemput Zayed di Taska.
“Awak
tunang saya, saya tak nak awak susah.”
“Saya
boleh buat sendirilah! Sebelum ni pun saya hidup sendiri. Tanpa awak ataupun
sesiapa pun.”
“Sekarang…
Awak kena belajar menerima saya, sebab jari awak dah tersarung cincin milik
saya. Dan saya telah ikat pergelangan tangan awak dengan gelang tu.”
“Kalau
awak nak balik… Ambillah!”
Aku
melontar gelang dan cincin pertunangan yang kupakai ke kaki Azim. Biar dia
membenciku.
“Ika…Bertunang
adalah tempoh kenali hati budi pasangan. Saya hantar pembantu rumah tu sebab
tak nak awak susah jaga Zayed. Jangan macam ni.”
“Saya
tak suka, ambil balik pembantu rumah tu. Saya tak suka rumah saya diuruskan
olah orang lain. Zayed anak saya, biarlah saya uruskan dia. Awak tak payah
susah-susah pasal saya.”
“Ika….
Ika Ashrima!”
Suara
tegas Azim menghentikan tindakanku. Takut aku bila mendengar Azim meninggikan
suara seperti itu.
“Pakai
semula ni. Kalau tak saya pakaikan.”
“Tak
nak…”
“Ika!”
Aku
mengambil gelang dan cincin di atas meja. Kemudian berlalu membawa Zayed.
Biarlah. Aku benci dengan Azim. Azim bukan lelaki baik. Semalam aku menemui
Azim bersama seorang gadis di shopping complex. Malah Zayed pun ada menyebut
nama perempuan tu setiapkali balik dari nursery. Azim pun lelaki yang bakal
melukakan aku, lelaki yang akan tinggalkan aku bila aku mulai menyayanginya.
Aku benci lelaki!! Aku benci!
“Assalamualaikum
Ika.”
“Waalaikumsalam.”
“Kita
keluar malam ni ya, abang nak kenalkan seseorang.”
“Saya
tak suka awak bahasakan macam tu. Saya benci!”
“Ok!
Ok! Saya tunggu awak dekat Secret Recipies yang selalu kita pergi tu ya. Jam 9
malam.”
Aku
menurut, malam itu aku mengenakan jubah beserta selendang panjang. Biarlah.
Sesekali aku melaram, maklumlah jumpa tunang yang dibenci. Seperti dijanjikan
aku sampai di Secret Recipies. Aku mencari kelibat Azim. Terkejut aku bila
melihat Azim bersama gadis yang kutemui sebelum ini yang berkepit dengan Azim.
Mesra bergurau. Jahanam kau lelaki! Aku benci kau!! Aku benci!!! Azim melambai
padaku, namun terasa pijar wajahku. Sakit bila dipermainkan seperti itu. Aku
berlari keluar, walaupun Azim memanggil. Airmataku laju mengalir. Terus aku
memandu meninggalkan tempat tersebut.
“Giler!
Aku benci kau! Aku benci lelaki! Aku benci!”
Hp
ku capai untuk menelefon mama. Sambil teresak-esak aku ceritakan semuanya pada
mama. Aku nekad! Nekad untuk berpindah dan lari dari Azim. Sebaik sampai di
rumah. Aku teresak di sisi Zayed yang terlena. Terdengar pintu rumahku di ketuk
berkali-kali. Untuk beberapa hari aku menyepikan diri dari Azim. Aku membawa
Zayed bercuti, aku benci dengan Azim. Dan aku benci semuanya tentang Azim.
Cincin dan gelang ku tinggalkan di rumah. Azim sudah ada penggantiku. Aku benci
untuk terluka lagi. Aku benci!!!
“Azim
cari kau, Ika.”
“Jangan
sebut nama dia. Aku benci!”
“Ika…
Azim sayangkan kau. Aku tak tahu apa yang terjadi antara kau dan Azim. Tapi aku
tengok kau terlalu bekeras dengan lelaki. Dari dulu lagi Ika. Kau lansung tak
memberi peluang pada lelaki. Azim tu baik.”
“Sekali
lagi kau sebut pasal dia, bermakna kau bencikan aku, Carol.”
“Ika…”
Semua
teman hanya mendiamkan diri. Biarlah. Mama dan abah juga tidak berani untuk
memberikan sebarang nasihat padaku. Sejak hari itu, tiada lagi cincin atau gelang
pertunangan di tangan kananku. Biarlah.
=========================================================================
“Ika…”
“Zayed…
Mana Zayed?!”
Seingat
aku semasa aku memandu pulang ke Terengganu, kereta yang aku naiki terbabas.
Tapi di mana aku sekarang. Kenapa Azim jaga aku dalam pakaian kerja?!
“Alhamdullillah,
Zayed sihat. Dia ada kat rumah. Dengan mama.”
Aku
cuba bangun, namun dihalang Azim. Rasa berat ngan ngilu dipinggangku. Lagi
sebulan majlis perkahwinanku dan Azim akan dilansungkan. Aku balik ke kampung
pun sebab ingin memaklumkan pada mama dan abah agar membatalkan majlis
perkahwinan kami.
“Mana
mama?! Mana abah?!”
Aku
mulai rasa sebak, dengan keadaanku seperti ini. Mama dan abah serta
adik-beradikku tiada di sisi. Tapi Azim yang kubenci aje yang menemaniku.
“Dah
3 hari awak tak sedarkan diri. Risau saya.”
“Saya
nak mama, kenapa dengan kaki saya. Sakit…”
Rasa
ngilu di pinggangku membuatkan airmataku merembes keluar. Kemas genggaman Azim
memegang tanganku, aku teresak. Terasa diri begitu lemah dan longlai.
“Syyy…
Sabar sayang. Nanti saya panggilkan ‘nurse’.”
“Kenapa
dengan saya?!”
“Sabar,ya.
Ika cedera masa ‘accident’ tu.”
“Ya
allah! Sakitnya pinggang saya, Azim.”
Kedua-dua
belah tanganku menggenggam tangan Azim. Kejap. Rasa ngilu di pinggangku
seolah-olah dihiris oleh pisau yang tajam. Deras airmataku mengalir. Tak pernah
aku rasa selemah ini, Ya allah! Betapa sakitnya derita yang kau berikan ini Ya
allah! Seorang ‘nurse’ datang dan menyuntikku. Selepas itu jiwaku kosong dan
pandangan mataku kabur. Seterusnya gelap.
“Alhamdullillah.
Nanti kalau Ika sihat saya bawa balik ke rumah mama.”
Sayup-sayup
suara Azim berbual dengan mama. Rasanya badanku semakin lemah. Aku cuba membuka
mata perlahan-lahan. Aku meraba-raba kepala yang tidak beralas. Mana tudung
ku?! Ya Allah! Apa aku dah buat ni?! Aku cuba bangun, namun kudratku tidak
begitu kuat untuk bergerak mencari tudung. Lumpuhkah aku?!
“Azim…
Azim…”
AKu
hanya mampu melihat Azim, suaraku tersekat di kerongkong. Apa dah jadi
sebenarnya. Kenapa Azim tidak menghiraukan aku. Azim kelihatan ingin berlalu.
Aku cuba memanggil, namun hampa.
“Azim...”
Aku
meronta-ronta. Hinggalah, suaraku keluar jua.
“Azim!!!”
“Ika?!
Kenapa Ika?!”
Tersentak
aku, Azim masih di sisiku dengan uniformnya.
“Jangan
tinggalkan saya sorang-sorang.”
“Hmm…
Saya tetap akan temankan awak Ika.”
“Azim…
Maafkan saya.”
Lafaz
itu terlalu sukar bagiku. Azim tersenyum. Banyak silapku pada Azim selama ini,
andai aku mati sebelum sempat aku memohon maaf. Pasti aku akan bawa kesalanku
itu hingga ke kiamat. Aku mencium tangan Azim. Tanda aku ikhlas dengan
kemaafanku.
“Kalau
saya mati…”
“Syy…
Apa cakap mengarut ni?!”
“Jika
ditakdirkan macam tu, tolong maafkan saya, Azim. Banyak dosa saya kat awak.”
“Saya
tak pernah ambil hati dengan awak. Tidurlah.”
Sukar
untukku lelapkan mata lagi.
“Azim…”
“Hmm…”
“Apa
dah jadi dengan saya, sebenarnya?!”
“Takde
apa-apa, awak cedera ringan aje. Insyaallah, awak akan cepat sembuh.”
“Majlis
tu…”
“Syy…
Rehatlah, mama dan abah awak tengah sibuk uruskan majlis tu. Awak jangan fikir
banyak, tidur ya.”
Entah
kenapa aku jadi terkilan dengan abah dan mama. Kenapa majlis itu yang
disibukkan mama dan abah. Tinggal beberapa hari lagi majlis tersebut. Azim jadi
peneman setia aku, kadang-kadang aku tersedar di tengah malam, Azim tidur
dibirai katilku. Alangkah terharunya aku, jika benar Azim jodohku. Aku terima
seredhanya.
“Azim…
Saya minta maaf. Banyak perkara yang saya buat boleh menyakitkan hati awak.
Bolehkah saya jadi pengantin awak nanti? Saya tak sempat dan pulih. Awak
tengoklah kaki saya ni, tempang agaknya. Dah macam Zayed.”
Aku
tergelak, walaupun ada getar di dada.
“Ika,
mama dan abah tangguhkan semua tu. Kita bersanding lepas awak pulih ya. Doktor
kata awak akan kembali macam dulu.”
“Hmmm…”
“Ika…
Macam mana semua ni boleh terjadi?!”
“Saya
tak ingat apa-apa, Azim.”
Aku
terdiam, seingat aku. Aku dan Zayed dalam perjalanan balik ke Terengganu. Aku
nekad untuk putuskan semua ni dengan Azim. Seperti biasa aku memandu sendirian.
Mungkin kerana aku tertekan, aku hilang kawalan semasa memotong sebuah
kenderaan. Aku cuba melindungi Zayed, sebelum kereta terbabas. Mungkin sebab
itulah aku cedera sebegini.
“Zayed
mana, Azim?!”
“Mama
dah bawa dia pulang ke kampung, dia tak apa-apa. Tapi awak yang tak sedarkan diri
berhari-hari. Awak tak pakai ‘seatbelt’ ke?”
“Alhamdulillah,
saya nak selamatkan Zayed.”
“Tapi
awak kena ingat diri awak tu. Bahagian kanan awak cedera parah.”
“Saya
tak kisah asalkan Zayed selamat.”
“Lainkali,
awak kena bagitahu saya kalau balik kampung. Kita balik sama-sama.”
Aku
terdiam, benarkah Azim sanggup menemani aku pulang? Siapa perempuan yang selalu
menemaninya selama ini. Layakkah aku memohon perhatian Azim, walhal gadis yang
mendampingi Azim selama ini jauh lebih sempurna dariku.
“Azim,
mana tudung saya?”
Segan?!
Memang segan, namun ini auratku. Aurat yang kupertahankan selama ini. Mana
mungkin semudah ini Azim melihatku berhari-hari tanpa tudung.
“Takkan
awak nak pakai tudung lagi? Tiap hari saya tolong sanggulkan rambut awak.”
“Astaghfirullah.
Takkan sampai macam tu?! Saya dah sihat, Azim. Boleh saya minta tudung saya
semula? Rimas kalau macam ni.”
“Orang
rimas bila pakai tudung, awak rimas bila macam ni?! Esok saya bawakan, nak
‘color’ apa?”
“Awak
ambilkan dekat rumah sewa saya, saya tak kisah ‘color’ apa. Asalkan bertudung.”
“Ni
bukan KL, jadi semua keperluan awak saya kena beli baru.”
“Iya
ke?! Kat mana kita ni?”
“Kuantan
lah.”
“Ooo,
awak guna duit dalam handbag saya. Saya tak nak guna duit awak. Nanti banyak
hutang saya kat awak. Mana handbag saya?”
“Kat
dalam kereta saya.”
“Ingat
tau, guna duit saya.”
“Iyalah,
tuan puteri.”
Berani
Azim mencuit hidungku. Tak sedar ke orang tua ni, kita ni bukan muhrim.
Alhamdullillah,keadaanku semakin pulih. Setiap hari aku menjalani latihan
berjalan, untuk menguatkan otot-otot kaki kananku. Azim lah yang menemani aku
setiap hari.
“Awak
tak kerja ke?”
“Takk,
saya cuti sampai awak sembuh.”
“Iya
ke? Senang awak dapat cuti.”
“Ika,
saya nak awak janji dengan saya. Lepas awak keluar wad. Kita kahwin. Terus
kahwin tau. Saya tak nak bertangguh lagi. Nanti saya tak sempat nak hidup
bersama awak dan Zayed.”
“Kenapa
pulak? Awak nak kahwin lain ke?”
“Kesitu
pulak. Hari ni ada seseorang nak jumpa awak.”
“Siapa?!”
“Adalah,
seseorang yang ‘istimewa’.”
Aku
tersenyum, mesti Zayed. Tak sabar aku nak jumpa Zayed. Azim membawaku ke wad.
Sementara memerhatikan Azim mengemaskan locker ku. Aku terlelap. Hinggalah
terdengar bunyi Azim sedang bergurau dengan seseorang. Aku membuka mata,
mungkin Zayed sudah sampai. Terkejut aku melihat Azim yang begitu mesra
melayani gadis yang kutemui tempoh hari. Sampai hati Azim. Dalam keadaan aku
seperti ini, Azim membawa perempuan itu untuk menziarahi diriku yang malang.
Aku cuba memusingkan badan, membelakangkan Azim. Airmataku mulai bergenang.
Azim masih tidak mempedulikanku.
“Argh!”
Darah
mulai mengalir ke wayar di tanganku.
“Ika?!
Kenapa ni?”
Azim
membetulkan wayar ditanganku, alhamdullillah. Taklah teruk sangat. Aku memejam
mata. Benci aku memandang Azim.
“Ika?!
Abang nak kenalkan Ika dengan seseorang.”
“Ika
nak tidur, kepala Ika sakit.”
Aku
beralasan. Aku sakit hati bila perempuan itu mendampingi Azim. Hati aku seperti
dihiris-hiris. Sakit. Awak tahukah apa saya rasa, Azim?
“Takpelah,
bang. Kak Ika tak sihat. Nanti Maya datang lagi.”
Maya?!
Kak Ika?! Nak jadi madu aku ke? Aku membuka mata, menangis ke aku ni? Jangan
menangis sebab lelaki. Jangan, Ika. Hati aku bermonolog sendiri. Aku
membetulkan dudukku. Maya tersenyum, cantik dan manis. Patutlah Azim sayangkan
dia lebih dari aku, Azim membantuku, namun aku menepis. Takyah nak tunjuk
baiklah. Maya menghulurkan tangan. Aku tersenyum, menyambut huluran tangan Maya
bersahaja. Azim membiarkan aku dan Maya sendirian, untuk apa?
“Akak,
Maya ada bawakan anggur. Akak nak? Nanti Maya basuhkan ya.”
“Takpelah,
akak dah makan.”
“Kak,
pasal hari tu. Maya nak minta maaf. Tak sangka sampai jadi macam ni.”
“Hah?!”
“Secret
Recipies tu? Akak ingat tak?”
“Hmm,
akak nak cepat masa tu. Sebab tu akak balik awal.”
“Akak
tak marahkan Maya, kan?! Maya dah lama kenal abang. Masa sekolah menengah lagi.
Kami rapat sangat, malah rahsia Maya. Rahsia abang juga.”
Kenapa
bagitahu aku. Kalau kau rapat dengan Azim, kahwin ajelah dengan dia. Jangan
sakitkan hati aku. Aku takde dosa kat korang. Janganlah buat aku macam ni.
“Kami
pernah ‘couple’. Dan kami merancang untuk berkahwin.”
“Pang!”
Berdengung
telinga aku. Berputar-putar kepala aku. Kenapa tak kahwin, tapi ceritakan
perkara ni kat aku. Aku terdiam. Dapat kulihat bibir Maya yang bergerak-gerak.
Maya bersalaman denganku, kemudian berlalu. Duniaku terasa gelap. Maya berlalu.
Entah mengapa aku boleh menangis. Kecewakah aku?! Sampai hatimu Azim. Azim
memohon diri menghantar Maya. Aku hanya mengangguk. Tiada kata yang mampu aku
luahkan.
“Ika?!
Cantik Maya tu kan?!”
Jangan
mulakan semua ini lagi. Semalaman aku menangis sendirian. Tanpa pengetahuan
Azim. 1001 Perasaan benci yang lahir dari diriku. Untuk apa kau mulakan semua
ni, Azim. Untuk sakitkan hati aku lagi, Azim?! Aku bangun dari katil
menggunakan tongkat, entah dimana silapku. Aku terjatuh di bilik air. Sayu bila
mengenangkan diriku yang lemah tidak bermaya.
“Jangan
sentuh saya! Saya benci awak!”
“Kenapa
ni?!”
“Awak
mainkan hati saya, awak berpakat dengan Maya kenakan saya. Apa dosa saya pada
awak Azim?! Adakah sebab saya ni ‘anjing kurap’ awak boleh mainkan saya macam
ni?! Saya benci awak!”
Semua
barang-barang disekitarku lontarkan pada Azim. Biar dia tahu aku membencinya.
Sebaik aku bangun dari tidur, pakaianku telah ditukar ganti. Azim kah yang buat
semua ini. BIla aku melihat Azim, lantas ingatanku mengingatkan aku tentang
Maya.
“Awak
dah salah faham. Saya dan Maya takde apa-apa.”
“Cukup!!
Cukup!! Saya tak nak dengar semua ni. Saya benci awak.”
Aku
teresak, tubuhku mulai lemah. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain menangis.
Berkali-kali aku muntah. Terasa diri bodoh.
“Ika…
Jangan ikut perasaan awak. Maafkan saya, saya tak patut bawa Maya jumpa awak.
Tapi, jangan macam ni. Saya merayu.”
“Saya
benci awak.”
Airmataku
mengalir laju, hanya bibirku yang mampu berkata-kata. Tubuh badanku lansung
tidak bermaya. Hampir 2 hari aku tidak makan apa-apa. Biarlah aku begini.
Hinggalha satu hari aku ditimpa demam panas. Maya sekali lagi menziarahiku.
Tanpa Azim.
“Maafkan
saya, saya tak maksud nak lukakan hati awak. Saya dah berkahwin Ika. Saya
sayangkan Abang Azim tak lebih macam abang saya. Saya tak sangka awak boleh
jadi seteruk ni, saya tahu awak sayangkan Azim. Abang merayu-rayu dengan saya
untuk kembali menemui awak. Dia tak boleh kehilangan awak, Ika.”
Maya
memelukku. Lapang dadaku. Alhamdulillah. Maya berjaya membuatkan aku derita dan
ketawa. Bodohnya aku ni?!
“Abang
minta maaf. Abang silap, abang buat salah. Maafkan abang ya.”
“Saya
benci awak. Tak serik-serik awak menyakiti hati saya, Azim.”
Hanya
itu yang mampu kuluahkan. Azim telah menjadi suamiku yang sah. Semuanya majlis
telah dirancang dan diuruskan oleh mama dan abah. Selepas aku kemalangan tempoh
hari, mama dan abah banyak menemaniku. Azim pula terus menghilangkan diri.
“Sikit
aje abang minta, Ika berikan cinta Ika tu pada abang.”
“Tiada
apa yang boleh saya beri untuk abang. Maaf. Bila abang nak balik KL?”
“Esok
abang dah kena balik bertugas. Cuti tak banyak sayang.”
“Saya
tahu.”
Azim
menarikku ke sisinya. Cuma majlis akad nikah yang sempat diadakan, memandangkan
suamiku, tidak mempunyai cuti yang banyak. Zayed lah insan yang paling gembira.
Dapat ayah baru. Malam itu bermulalah episod cintaku dengan Azim yang telah sah
menjadi suamiku. Segala-galanya sudah diterangkan oleh Azlan seminggu sebelum
majlis akad nikah ini. Hampir 4 bulan aku menjauhkan diri dari Azim, tanpa
mendengar sebarang penjelasan darinya. Aku tersenyum sendirian mengenangkan
cemburuku dengan hubungan Azim dan Maya.
“Terima
kasih, abang.”
Aku
membisikkan kalimah tersebut ke telinga Azim. Azim mengeratkan pelukannya. Aku
bahagia, cintaku telah disambut.
“Ika
akan cintakan abang sepenuh hati Ika.”
“Terima
kasih.”
Azim
membalas. Akhirnya kebahagiaan jua kutemui. Malam itu kami sama-sama menganyam
impian dan harapan.
“Bangun
solat Subuh, sayang.”
Malas
aku bangun menuju ke bilik air. Aku membersihkan diri kemudian mengambil wuduk.
Sama-sama aku berjemaah. Bahagiakah aku, sudah 3 hari tidurku ditemani Azim.
Hari ini Azim akan bertolak ke Kuala Lumpur. Selepas solat, aku mengemaskan
barang-barang Azim.
“Ini
hadiah untuk isteri abang.”
“Apa
lagilah abang ni. Abang hati-hati bawa kereta ya.”
“Iya,
sayang. Kalau sempat, nanti abang pulang ambik Ika dan Zayed. Kita sama-sama
duduk KL. Insyaallah, sayang.”
Tak
sanggup aku berpisah dengan Azim. Ketika aku menyalami Azim sebelum masuk ke
kereta.
“Jaga
diri baik-baik, abang cintakan Ika dulu dan selamanya. Cinta abang, abang
serahkan untuk Ika. Apa-apahal bagitahu abang ya.”
“Insyaallah!
Sampai sana abang call Ika ya.”
“Anak
ayah, jaga ibu baik-baik. Ayah pergi dulu.”
Azim
memeluk Zayed. Sayu bila aku melihat kemesraan Azim dan Zayed. Keluarga
bahagiaku. Azim selamat bertolak ke Kuala Lumpur. Aku meneruskan rutin ku.
Membantu mama dan melayani karenah Zayed. Hinggalah suatu masa yang
agakterluang, aku membuka hadiah pemberian Azim.
“Buat
kau isteriku…..
Satu-satunya
insan yang abang sayang dan cintai…. Jaga dirimu baik-baik. Tasbih ini abang hadiahkan
agar kau sedar, Allah swt sentiasa bersama kita sayang. Walaupun bermacam
dugaan menimpa kita sekeluarga, ingatlah Allah swt bersama kita. Terima kasih
diatas balasan cintamu pada abang. Terima kasih, sayang.
Jagalah
dirimu dan anak kita sebaik mungkin, andai satu hari abang tiada di sisimu…
Pasrahlah, sayang. Hadir abang bukan untuk mengecewakanmu.. Tapi abang yakin,
Allah swt menemukan kita kerana kita ditakdirkan sebagai satu pasangan, dan
andai Allah swt memisahkan kita. Itu jua kerana setakat itu pertemuan yang
Allah swt tentukan untuk kita sayang.
Bacalah
surah Yassin ini ketika kau dilanda gundah, dan kecewa… Tiada manusia yang
Allah swt ciptakan untuk derita sayang. Jaga dirimu dan anak kita Zayed sebaik
mungkin. Abang sayangkan Ika selagi nyawa di kandung badan.
Abang”
“Abang
ni memang kaki jiwang.”
Tasbih
dan Yassin pemberian Azim kucium perlahan. Aku keluar ke ruang tamu. Azlan,
Abah, Along dan Mama serentak memandangku. Mungkin mereka pelik dengan sikapku
yang kerap keluar masuk ke bilik.
“Angah….
Sini kejap.”
“Kenapa
ni?! Pelik aje.”
“Tadi
ada berita, Angah.”
“Berita
tentang apa, bah.”
Keadaan
sebeginilah yang aku lalui ketika pemergian Azril dan Aziah dulu. Aku
mencari-cari Zayed. Ada debaran di dadaku.
“Zayed
mana?! Abah, mana Zayed?!”
“Ada…
Tidur, dari tadi meragam. Jadi mama tidurkan dia.”
“Kenapa
ni, mama?!”
“Azim
ada call Angah tak?”
“T…Ta…Tak…
Kenapa?!”
Aku
mengambil hpku, mendail nombor Azim. Luar kawasan?! Aku terus mendail.
“Mama…Tak
dapat.”
“Kak
Ngah….Tadi dalam berita, ada kemalangan kat Lebuhraya Karak.”
“Ya
allah!”
“Abang…..Abang
Azim dah takde.”
“Allahuakbar!!
Allahuakbar!!”
Berkali-kali
aku beristighfar. Abang….
“Sabar,
Angah. Duduk dulu, takde berita lagi yang Azim terlibat. Kita tunggu lagi
nanti.”
Aku
menanti berita untuk Buletin Utama. Sebelum Buletin Utama bermula, hp ku
berbunyi. Abang?!
“Alhamdullillah….
Mama, abang call.”
Semuanya
mengucap syukur. Aku kembali reda. Suamiku selamat.
“Assalamualaikum…..”
“Waalaikumsalam,
abang. Takut Ika….”
“Puan….
Maaf, saya ASP Azman. Suami Puan terlibat dengan kemalangan. Maaf Puan….”
Duniaku
gelap. Segala-galanya berubah. Cinta itu bukan milikku. Aku tak layak untuk
memberi cinta pada sesiapa pun. Aku insan malang kerana cinta.
C.I.N.T.A
Benci
aku dengan ungkapan itu….
Kerana
ungkapan itu aku jadi begini….
Pergilah
engkau dari menghampiriku….
Biarkan
aku begini….
Tanpa
cinta yang melukakan….
Cinta
yang pasti bukan milikku…
Ya
allah!
Sekelip
mata kau merampas dia dariku…
Kau
bawa ia pergi dariku…
Semalam
aku menyemai cinta….
Hari
ini cinta itu dirampas, lantaran kuasaMu…
Aku
gagahi diri untuk pasrah….
Berkali
pun aku belajar bercinta….
Berjuta
kali pun aku cuba dicintai….
Cinta
itu tetap bukan milikku….
Kematian
penyudah cintaku…
Benar
kata orang cinta pada manusia tidak kekal….
Biarlah
Cinta itu menjadi milikku…
Dengan
menyintaiMu Yang Maha Esa…
Aku
redha dengan kuasaMu….
Amin….
“Abang…
Amanlah abang di sana.
Berbekalkan cinta dan doa dari Ika. Selamanya Ika menyintai abang. “
Nisan
putih yang terukir nama seorang insane yang aku cintai kutinggalkan perlahan.
Pergilah abang, cinta Ika… Ika serahkan padaNya yang Esa. Bawalah cinta Ika ke sana, insyaallah janjikan Ika di sana. Ika sayangkan abang selagi nyawa
dikandung badan. Tiada lagi cinta milik Ika. Aku pasrah dengan kuasaMu Ya
allah.
p/s:
Sekian Terima kasih...

